Sebelum ini Anwar Ibrahim semasa di sidang medianya mengalu-alukan Permatang Pauh dipilih sebagai lokasi untuk Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri yang bakal dihadiri PM Dato Seri Najib Tun Razak .
Tetapi lain pulak ceritanya didengar menjelang rumah terbuka pada Ahad ini apabila pembangkang didakwa akan sabotaj majlis tersebut . Apa kejadahnya puak-puak ni ?
Kalau nak mai cekik mai la , tak payah la nak buat kecoh macam budak-budak . GPB harap pihak Polis dapat memantau kehadiran puak-puak saki baki Bersih ini . Dulu mereka pernah buat hal semasa program Najib menyampaikan Jalur Gemilang di KL Sentral , kali ini nampaknya nak bikin di Permatang Pauh pulak .
Insyallah GPB akan berada di majlis ini dan membawa berita dari semasa ke semasa perkembangannya .
PULAU PINANG 8 Sept. – Pemuda UMNO negeri menyifatkan cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh pada Ahad ini yang bakal dihadiri Perdana Menteri sebagai tindakan kebudak- budakan.
Ketuanya, Ir. Shaikh Hussein Mydin (gambar) berkata, pihak yang cuba mencetuskan kekacauan di majlis itu ternyata dalam keadaan terdesak untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap mereka.Sehubungan itu, tegas beliau, pihaknya sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan akan memastikan majlis tersebut berjalan lancar seperti dirancang.
“Kalau nak malukan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet yang akan hadir ke majlis tersebut, itu perangai budak-budak.
“Itulah cara politik kotor pemimpin pembangkang, takut nak berdepan secara ‘gentleman’.
“Kami Pemuda UMNO sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, sumber risikan pasukan keselamatan memberitahu Utusan Malaysia, terdapat rancangan untuk mensabotaj majlis berkenaan.Menurut sumber, ada pemimpin politik mengarahkan pengikutnya hadir dengan berpakaian kuning sambil membawa sepanduk ke majlis itu.
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari.
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.





