Pakar sejarah PAS Mat Sabu cakap Dr Burhanuddin Bapa Kemerdekaan sebenar ..

on Thursday, September 8, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sekali lagi mencetuskan kontroversi berkenaan Sejarah Kemerdekaan negara dengan mendakwa Tunku Abdul Rahman sudah pasti akan ditolak rakyat jika satu referendum telah diadakan sebelum kemerdekaan bersama pihak British.

Akan tetapi, rakyat Tanah Melayu ada ketika itu akan memilih Burhanuddin Al Helmy untuk memimpin ke arah Kemerdekaan.

“Kalau British telah mengadakan referendum (sebelum memberi kemerdekaan) antara Burhanuddin, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin, rakyat pilih Burhanuddin,” kata beliau pada forum bertajuk Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.


Mat Sabu mendakwa ramai yang tidak mengetahui pada awal kebangkitan era kemerdekaan rakyat lebih menerima Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Burhanuddin berbanding parti-parti lain.

Akan tetapi, pihak British telah mengharamkan kesemua pertubuhan kecuali UMNO setelah kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan kian memuncak.

Maka kata Mat Sabu, UMNO telah dipilih kerana tiada persaingan parti yang mewakili Melayu sebelum ini. PAS telah ditubuhkan selepas pengharaman tersebut.

Mat Sabu turut menjulang Burhanuddin Helmy dan Ahmad Boestamam sebagai pejuang sebenar kemerdekaan kerana sanggup dipenjarakan demi memperjuangkan hak orang-orang Melayu sebagai masyarakat peribumi pada ketika itu.

Burhanudin Al Helmy juga merupakan Yang Di Pertua (kini Presiden) PAS yang pertama ditubuhkan pada 1956 selepas pengharaman PKMM.

Selain Mat Sabu, turut tampil sebagai ahli panel pada majlis malam tadi adalah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan penulis blog, Hishammudin Rais. - KL POS


4 Responses

  1. Anonymous says:

    suka ati ko lerrr mat sabu oiiii...!! ko pun makan gaji dgn kerajaan BN juge...berapa byk duit ko sapu skrg ?

  2. salam..aku mmg tak setuju pasal mat sabu perlekehkan polis dan angkat komunis... mmg isu yg ditimbulkan hanyalah bermotifkan politik semata-mata

    tetapi dalam isu dr Burhanuddin dan Tunku serta pejuang2 kemerdekaan pra-penubuhan UMNO sememangnya ada benarnya seperti yg dikatakan Mat Sabu..

    British tidak akan melepaskan tanah melayu ini sekiranya parti yang dianggap berhaluan kiri oleh british memegang tampuk pemerintahan pasca merdeka...

    UMNO di lihat agak liberal ketika itu dan mampu membawa kepada imprealisasi bentuk baru ke atas umat melayu islam di sini... itu lah UMNO di pilih utk memacu perjuangan kemerdekaan dan seterusnya memimpin tanah melayu/Malaya merdeka kelak...

    Walaupun begitu, isu komunis mmg tidak boleh kita bertoleransi. dengan ideologi yg sangat bertentang dengan islam dan dogma masyarakat setempat. Komunis tidak boleh diberi muka ketika itu walaupun Mat Indera, Abdullah CD dan beberapa lagi pejuang melayu dalam PKM juga berjuang untuk kemerdekaan dengan cara berbeza kata mereka. Matlamat tetap tidak menghalalkan cara!

    wassalam

  3. KLExpress says:

    Karpal Singh pengerusi DAP kangkung..Mohd Sabu dah nyanyuk dah

  4. Anonymous says:

    Gelak lah puas2 Mat Sabu ooii....nanti sampai masa nya ko akan digelakkan oleh anak cucu ko sendiri !

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps