Anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat semasa zaman British dan berjuang bermati-matian melawan pengganas komunis tidak sekali-kali boleh dianggap sebagai bersekongkol dengan penjajah.
Bekas Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharudin, 66, menegaskan, anggota polis dan Rejimen Askar Melayu pada ketika itu tidak sekali-kali berjuang mempertahankan British sebaliknya mereka menumpahkan taat setia terhadap Raja-Raja Melayu yang memegang kedaulatan Tanah Melayu.
“Individu yang menyatakan anggota keselamatan pada zaman British mempertahankan penjajah sebenarnya tidak memahami dan buta sejarah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menafikan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950 dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
Laporan Harakahdaily hari ini pula melaporkan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menyatakan serangan ke atas balai polis Bukit Kepong adalah serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.
Katanya, serangan itu merupakan manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British dan ia termasuk kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu ‘menjadi tali barut British’.
Amir yang dikenali sebagai Pak Guntur berkata, sepanjang penjajahan, raja-raja Melayu tidak pernah menyerahkan kedaulatan Tanah Melayu kepada British dan orang Melayu ketika itu hanya memberikan taat setia kepada raja mereka.
“Oleh itu, anggota polis yang berjuang di Bukit Kepong bukan tali barut penjajah sebaliknya mereka berjuang menentang komunis bagi mengekalkan keselamatan dan keamanan penduduk setempat pada masa itu.
KLIK DI SINI FAKTA SEJARAH PERISTIWA BUKIT KEPONG
“Dalam mana-mana negara sekali pun sama ada ketika negeri dijajah sekali pun, fungsi polis tetap sama iaitu menjaga keamanan penduduk setempat, jadi mengapa komunis perlu menyerang mereka, mengapa tidak serang askar British,” katanya yang pernah bertempur sebanyak 12 kali melawan pengganas komunis.














HAIIIII MUJAHID YANG ADE PHD PUN DAH BUTA SEJARAH??? MACAM MANA DIA DAPAT PHD TU???ADUHHHHH KENAPALAH DEPA NI DAH BUTA SEJARAH. NAK SALAHKAN DIA PUN TAK ILEH SEBAB TIMBALAN PRESDEN DIA SENDIRI PUN BUTA SEJARAH DAN KENA HANTAR BALIK SEKOLAH DEWASA. DAH NASIB PAS ADE PEMIMPIN YANG ADA ILMU TAPI TAK DE OTAK.