Sambutan luar biasa penduduk tempatan pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidil Fitri-Merdeka 2011 di Permatang Pauh membuktikan hubungan antara pemimpin dan rakyat di negara ini sangat harmoni.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata semangat perpaduan serta keharmonian yang ditunjukkan penduduk tempatan pada majlis itu secara langsung dapat membantu kerajaan dan rakyat memperoleh kehidupan lebih sejahtera.
“Pelbagai kaum telah menghulurkan tangan dan bersama-sama menjayakan sambutan ini, ia mencerminkan sesuatu yang positif di bawah gagasan 1Malaysia dan transformasi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis anjuran KPKK di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 25,000 orang seawal 8 pagi.
Pelancaran majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tiba pada kira-kira 12 tengah hari dengan menaiki teksi, dan disambut paluan gendang pelbagai kaum serta komuniti 1Malaysia oleh kumpulan gendang tentera dan pelajar sekolah.
Pada majlis itu, pengunjung disajikan nasi beriani daging, lemang, ketupat palas dan makanan serta kuih tradisi, selain dihiburkan artis terkenal tanah air seperti Datuk Ahmad Jais, Datuk M. Nasir, Uji Rashid, Hail Amir dan persembahan boria serta watak Upin dan Ipin .















ada pengunjung hantu jugak ke ni...he he
tok non panjang muka tensen je duk sebelah guan eng
pasai apa komander komunis guan eng bleh terselit sekor tu....
muka tak malu , org tak jemput dtg nyelitt....ekekekeke...
si cina tu dtg pun sbb terpaksa,klu x nnti org kata dia penakut...anuar gak best,jolok org kt jerman lg best....
Assalam Bro
Dia siap berlakon kibar bendera Malaysia tu... memang muka penipu...
I-Guan-a Eng lobi & hampu UMNO, BN & PM untuk jadi menteri cabinet selepas PRU13 nanti. Puak PAS & PKR je yang dibodohkan DAP nanti bila DAP keluar dari pakatan PR.. Tengok je lah nanti kalau tak percaya... Kahkahkah