Editor buku balun Mat Sabu Komunis putarbelitkan " Pengukir Nama Johor"

on Tuesday, September 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 13 Comments


Kalau dah  Editor buku itu sendiri sudah bersuara bahawa Mat Sabu tak layak bercakap untuk tentukan siapa pejuang kemerdekaan , anda boleh nilai sendiri seorang penyokong Komunis yang sedang tengah  tersepit ini . .
Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca berfikir siapa Mat Indera samada layak digelar hero atau pengkhianat negara kerana terlibat dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong 1950 . Bukannya buku ini  iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis .

Blog2 pencacai Pakatan yang syok pamerkan bukti tentang Mat Indera adalah pejuang sebenar  melalui bukti buku ini  dan bukan pengganas Komunis nampaknya  dah kantoi . Lain kali bagi faham dulu apa yang ditulis bukannya main auta saja .



 Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.


Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.


Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.


"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.


"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.


Terdahulu pada sidang akhbar di sini hari ini, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.


"Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis," katanya.


13 Responses

  1. Mat Sabu memang bodoh, tak paham bahasa Melayu. Mat Sabu baca buku tebuk-tebuk macam perangai dia juga yang suka menebuk.

  2. TokAyah says:

    Penjenayah dan pengkhianat dikatakan oleh Timbalan presiden PAS pejuang. Presiden PAS pula bukti video tidak boleh jadi saksi kerana dia besi. Apakah jadah punya mentaliti. Memalukan bangsa Melayu. Elok bersara dari politik janganlah menonjolkan sangat kerendahan mentaliti kamu orang. Orang PAS ni makin banyak bercakap makin terserlah kecetekan mentaliti. Maaf yeeeeee

  3. Anonymous says:

    Salam,

    Apa nak diherankan...daripada kepala sampai la ke ekornya..PAS ni mmg dihuni oleh golongan putar alam..putar fakta, putar cerita, putar ayat Al-Quran sesedap rasa, putar Hadis dan Fatwa ikut sesuka hati, inikan pulak sekatak Sejarah Negara... last2 sekali di putarnya kepala2 juak2 khawarij yang menyokongnya siang dan malam..itu pun x sedor2 lagi...

    Mat Syabu...Mat Syabu...udah2la berkawan dengan Komunis DAP tue...klu dulu Mat Indera diresapi ideologi komunis, jadi boneka mereka, sekarang Mat Syabu pun dan diresapi komunis bawaan DAP dan jadi keldai, boneka mereka...juak PAS x nampak lagi ka?? Orang kuat no.2 hangpa pun dah biolll..mcm mana hangpa pilih pemimpin bingai sejarah mcm ni jadi teraju parti hangpa???..

    Apa kata juak2 PAS lain?? Ataupun anda pun sokong tindakan Komunis dok bunuh, bakar orang Islam/Melayu suatu ketika dulu nih?? Klu yea pun menentang British apehal yang orang Melayu mereka banyak bunuh masa tue?

    Korang ingat imigran Cina x duduk bawah British ka? Klu bukan British, sapa yang bawa Cina2 ni masuk Malaya jadi kuli lombong bijih timah??

    Klu mat sabu a.k.a mat lembu bingai kata polis (masa tu) barua kerajaan British, Komunis adalah penentang British, pejuang kemerdekaan..jadi apa kejadahnya Komunis (awal penubuhannya) terima bantuan dan senjata daripada British masa berperang dengan Jepun??? Bukan depa pun barua British ka masa tue??

    Dah ada senjata, ada kuasa mula tunjuk hebat, serang orng Melayu, nak jadikan Malaya negara republik...Jgn nak putar lebih sangat la juak2 PAS oiiii...x da bila nya komunis tue pejuang kemerdekaan..pasai apa, lepas merdeka pun depa dok jadi gerila lagi dalam hutan nuu..juak2 hak yang bodoh piang, bingai, tenging, dungu ja angkat komunis ni pejuang kemerdekaan...bodohhhh...

  4. sejarah_tulen says:

    salam.

    aku confius ni.. awt hg kata buku ni utk "..mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.." (klu ditfsirkn seolah2 dlm bku tu xde statement yg kate Mat Indera sbg pejuang)

    dn Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid plak kata "...mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?.."

    tapi yg aku bce dlm buku PENGUKIR NAMA JOHOR ni tulis "Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang." tu bkn ajak mnilai or brfikir namenye,tp suh kite iktiraf Mat Indera sbg pejuang..ape citer ni..

    cbe tgk link kt bwh tu..cer korg terang bg jelah2 kt aku,kot2 blh korg spin citer blik..

    http://1.bp.blogspot.com/-OLjYInNzKXA/TmMa09TtR9I/AAAAAAAAALA/DM9ZHHVE7H4/s1600/mat+indera2.jpg

  5. kita says:

    tajuk buku pon "Pengukir Nama Johor"...mustahillah letakkan kisah pengkhianat dalam buku bertajuk pengukir nama Johor? logik ke? tuh nama dia membusukkan nama Johor...ada paham ka?

  6. Anonymous says:

    54 Soalan untuk renungan anak-anak muda
    http://nizar-coretanku.blogspot.com/2011/09/soalan-soalan-yang-tidak-boleh-dijawab.html

  7. Anonymous says:

    http://1.bp.blogspot.com/-OLjYInNzKXA/TmMa09TtR9I/AAAAAAAAALA/DM9ZHHVE7H4/s1600/mat+indera2.jpg

    kalu baca link kat atas ni...i'Allah anda semua boleh menilai BAHASA MELAYU ANDA....

    adakah penulis silap menulis @ editor silap menilai karya rakyat Malaysia????

    @ ianya hanya gimik politik yg xmenjadi oleh umno?????

  8. Anonymous says:

    ya betul tu:" Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai pejuang, bukannya petualang"

    http://1.bp.blogspot.com/-OLjYInNzKXA/TmMa09TtR9I/AAAAAAAAALA/DM9ZHHVE7H4/s1600/mat+indera2.jpg

    Apa ke jadahnya petualang nak dimasukkan nama sebagai ‘Pengukir Nama Johor’ memalukan org Johor ja..huhu

  9. Anonymous says:

    Assalamualaikum,setiap manusia dipertanggungjawabkan di atas perbuatannya sendiri.mat indera memang seorang pejuang kerana sanggup menentang penjajah(british) pd masa itu(saya akui & bangga semua jiwa org melayu memang gagah berani).(org angkat senjata memang seorang pejuang).TETAPI disaat mat indera menyerang bukit kepong yg diketahuinya dihuni/dikawal polis melayu sebangsanya seagamanya denganya(cuma lain ideologi)dan membunuh dan membakar hangus.MAKA disaat itu MAT INDERA adalah seorang PENGKHIANAT agama ISLAM,bangsa MELAYU dan TANAHAIR...Mat Sabu sokong sangat DAP tu wat pa??? hang keturunan Mat indera ka??

  10. Anonymous says:

    sebenarnya mat syabu harus mendapat penghargaan...kerana menyedarkan akan kesilapan yg terdapat dalam buku "Pengukir Nama Johor"...sebenarnya memang ada yg harus ditukar...iaitu...mat indera adalah petualang kerana bersekongkol dgn komunis...itulah fakta yg sebenarnya...terima kasih mat syabu...jasa anda dikenang

  11. Anonymous says:

    hahaha tenggara is southeast,tok ayah,& anony7.17pm tak lulus bahasa melayu spm.....sebenornye buku2 ilmiah pun diorang tak penah baca..baca utusan meloya,b.hairantengok rtm,tv3 suku aje...sori yeee

  12. penyokong_sejarah says:

    trm ksh saudara pmilik blog yg beretika&berintegriti..
    sbr dlu kwn2,mntk pmilik blog ni bg pnjelasn dlu..
    soaln2 sejarah_tulen die xjwb lg ni,mntk jwb dlu bro..
    xbek hmpakan hrpn shbt kite.

    klu xdpt nk cri jln, dgn cara shormat2nya mntk tarik blik ler posting yg ditulis tu even ade kate2 prof. skali pn..klu rse beretika&berani ler..

  13. Anonymous says:

    itu pendapat penulis sahaja. dalam buku tu ada dua penulis kisah mat indera, sorang bias kata mat indera pejuang, yang sorang lagi terang2an menolak mat indera kerana berjuang untuk komunis dan membunuh bangsa sendiri. tak kira lah baik macam mana pun mat indera ni, faktanya dia tali barut komunis jadi tak layak diangkat sebagai pejuang. orang yang zalim je angkat pengganas sebagai pejuang. apasal tak angkat hidetoshi yamashita sebagai pejuang sekali?

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps