GPB setuju dengan pandangan Datuk Seri Ismail Sabri dan dilihat ada pihak tententu seolah-olah mahu sabotaj hasrat murni kerajaan mahu mengurangkan beban rakyat. Mengapa tiba-tiba muncul pengumuman yang mengejutkan ini ? Kerajaan BN sekarang sedang berusaha mengurangkan beban rakyat tetapi yang buat taik adalah syarikat telco ini
GPB harap kerajaan dapat halang kerja gila syarikat Telco ini semua . Untung jutaaan ringgit setiap tahun tetapi service macam sial ! Ada hati nak kenakan caj !
Fikirkanlah, banyak pengguna prabayar budak sekolah - Ismail Sabri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, beliau hairan kerana ketika kerajaan cuba mengurangkan beban rakyat dengan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, tiba-tiba muncul pula pengumuman caj 'mengejut' itu yang akan berkuat kuasa 15 September ini.
"Kita kena fikir bebanan yang ditanggung oleh pengguna prabayar ini kerana yang banyak menggunakannya adalah golongan berpendapatan rendah, termasuk budak sekolah.
"Saya harap pihak syarikat telekomunikasi dapat naikkan dahulu taraf perkhidmatan mereka kerana banyak aduan yang kita terima berkaitan talian telefon yang selalu terganggu seperti terputus ketika bercakap.
"Saya sebagai menteri yang menerima aduan daripada pengguna, amat berharap mereka (syarikat telekomunikasi) lebih peka terhadap masalah pengguna," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan cukai perkhidmatan enam peratus akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM prabayar berkuatkuasa 15 September ini.
Ini bermakna pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.













Rais Yatim ni menteri apa...??? Menteri sastera kut...??? cakap mcm tak laku je..... Astro tetap naikkan charge w/pun kononnya kabinet tak setuju... Apa tindakan...??
Yahya Othman,
K/Batas, Penang
Najib tak sedar ini lah cara nak bunuh kereer politik najib.. PM 1 penggal...Najib syok sendiri mcm Pm samdol dulu...