6 % cukai untuk kad prepaid bakal tumbangkan kerajaan BN

on Friday, September 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.

“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.

Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.

“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.

“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya.

Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.

“Pengguna menggunakan kad prabayar kerana mereka tidak merasa beban berbanding menggunakan talian yang kadang-kala mencecah ratusan ringgit apabila membuat pembayaran.

“Malahan, ada kad prabayaran yang boleh ditambah nilai dengan hanya RM5 tetapi jika mereka kenakan cukai, ia dilihat seperti membuli pengguna dan ia tidak patut berlaku,” katanya.


Komen GPB

Lebih baik kerajaan  menolak  saja pemohonan syarikat2 telekomunikasi untuk cukai perkhidmatan  ini yang akan menyebabkan majoriti  rakyat  marah .

Kalau kerajaan BN dan Najib hendak kalah dalam PRU 13 ini nanti , sila luluskan dan kalau tak mahu kalah batalkan saja pemohonan yang tak masuk akal ini


6 Responses

  1. Norma Jean says:

    betul, tax 6% ni affect semua orang. Pak Najib kena tolak benda ni. kalau la sy dapat jumpa Pak Najib depan2, sy nak cerita macam2 benda kat dia.

  2. Anonymous says:

    Sblum nie 6% tu diserap oleh Telco tu smua.Yg pakai postpaid dah lama kena bayo. 6% dari sepuluh hinggit baru nam posen je.Kalu pakai public fon pun ada 6% nie.

  3. Anonymous says:

    Celcom akan mengenakan charj 6% berkuatkuasa 15-9-2011. Nasib Rakyat Malaysia, ada kerajaan tak ada suara. Ada GLC perangai macam keparat tahunya nak peras duit rakyat, ada pembangkang bodoh tak boleh di ajar.

  4. Anonymous says:

    Kerajaan Pak Najib je boleh tolong... TOLONG JANGAN KENAKAN CUKAI ITU.

  5. Anonymous says:

    berapa banyak da Malaysia ni nak cukai... cukai pendapatan, cukai tanah, cukai perlabuhan, cukai rokok, cukai arak, cukai pusat perjudian, cukai jalan, cukai kenderaan, cukai PLUS, dan... Cukai Terengganu... ni pulak nak cukai topup???? i said... WHAT THE HEll!!!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps