Video inside : Ezam akan perangi puak Kristian yang cuba murtadkan umat Islam !

on Friday, August 12, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Gerakan Cegah Murtad (GCM) memberi amaran akan melancarkan ‘perang’ jika isu memurtadkan umat Islam tidak ditangani dengan segera.

Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata tindakan ini demi mempertahankan akidah sekiranya mereka tidak berhenti menyesatkan umat Islam.



“Kepada masyarakat bukan Islam, kami tiada masalah dengan anda. Tetapi kita ada masalah besar dengan orang-orang bukan Islam yang biadap dengan agama Islam dan yang cuba menarik umat Islam keluar daripada agama,” katanya di hadapan kira-kira 500 orang awam yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau turut menyelar pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang enggan mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan mereka.

“Kita tiada masalah dengan mana-mana Menteri Besar daripada mana-mana parti tetapi kita ada masalah dengan mereka sekiranya sanggup menggadaikan Islam dan Allah semata-mata untuk mempertahankan kedudukan…..begitu juga dengan Ahli Parlimen Shah Alam,” katanya.

Malaysiakini & Malaysian Insiders akan dibakar jika terus fitnah JAIS 

Dua portal berita  amaran supaya menghentikan tindakan biadap segera terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau berdepan dengan kemarahan umat Islam.

Menurut, Senator Ezam Mohd Nor, amaran keras itu selepas Malaysiakini dan The Malaysian Insider dengan sengaja membesar-besarkan isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja sehingga menfitnah JAIS.

Ezam sebelum itu dalam ucapannya memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan “perang.”

Menurut Ezam, masalah besar akan berlaku sekiranya kumpulan Kristian meneruskan kerja-kerja memurtadkan umat Islam walaupun perkara itu tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Amaran ini bukan hanya kepada pemimpin, tetapi agen-agen mereka, Malaysiakini, Malaysian insider, yang bersikap biadap kepada Jabatan Agama Islam, fitnah Jabatan Agama Islam, kononnya kita ceroboh, kononnya kita tidak beradap.

“Malaysiakini dan Malaysian Insider, kita beri amaran terakhir, jika kamu tidak hentikan semua ‘sampah’ ini, kami akan pergi dan 'bakar' kamu... Jelas, mereka adalah pengkhianat kepada umat Islam,” katanya dalam ucapan di depan 500 orang yang hadir.








Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin berkata isu yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bukanlah sesuatu yang baru, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja jika dibandingkan dengan usaha memurtadkan umat Islam diseluruh negara.Malah beliau menolak isu ini dijadikan alat politik untuk kepentingan tertentu.

“Isu ini bukan isu politik, tiada kena mengena dengan Anwar (Ibrahim) atau PAS tetapi ia isu umat Islam. Ini isyarat jelas kita perlu bersatu dalam isu ini dan umat Islam tidak rela akidah dipermainkan,” katanya.

Malaysiakini agen pengkhianat Islam 

Beliau turut memberi amaran kepada portal web Malaysia Kini dan The Malaysian Insider agar menghentikan segera provokasi terhadap isu ini jika tidak mahu tindakan keras diambil terhadap mereka.

“Jangan jadi barua…kalau nak cari makan carilah makan ditempat lain,” katanya yang bercadang mahu menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan isu ini dalam masa terdekat.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam berkata semua pihak perlu menghormati tindakan Jais yang cuba membanteras penyelewengan agama di kalangan umat Islam.GCM terdiri daripada kira-kira 45 badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh Selangor yang berjuang melawan isu murtad.


One Response

  1. Anonymous says:

    Umno buat apa saja semua betui.. demo ka tunjuk perasaan ka! inilah cara tadbran umno/bn yg saksama konon..Taik Kucing Kering!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps