UMNO taja sepenuhnya keluarga Mohd Asyraf ke London

on Thursday, August 11, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUALA LUMPUR 11 Ogos – Prihatin dengan apa yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang cedera dibelasah dan disamun oleh sekumpulan remaja dalam rusuhan di London, kelmarin UMNO hari ini menghulurkan bantuan berbentuk tiket penerbangan kepada ibu bapa keluarga pelajar berkenaan untuk menziarahi anaknya.

Selain itu, UMNO juga menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada keluarga Muhammad Asyaraf yang sudah pasti memerlukan perbelanjaan untuk menampung keperluan mereka sepanjang berada di sana.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pada sidang media bersama ibu bapa pelajar berkenaan berkara UMNO terpanggil untuk membantu keluarga berkenaan yang sudah pasti berada di dalam kebimbangan.




Menurut beliau bapa pelajar berkenaan, Rossli Harun, 49, dan Ibunya Maznah Abu Mansor akan bertolak dalam masa terdekat agar kebimbangan mereka tentang anaknya di London terubat dengan pemergian mereka ke negara tersebut.

“Kita akan biayai tiket penerbangan mereka ke sana, manakala Kelab UMNO London pula akan menguruskan sepanjang mereka berada di negara tersebut.

Dan kita difahamkan kos perubatan telah ditanggung oleh Majlis Amanah Rakyat. Kita amat dukacita dengan apa yang berlaku dan berharap Asyraf dan keluarganya bersabar menghadapi ujian ini,” katanya pada sidang medianya, di sini, hari ini. Turut serta Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Beliau seterusnya mengingatkan agar rakyat negara ini menjadikan persitiwa yang berlaku di London itu sebagai iktibar agar keamanan yang dikecapi sejak sekian lama terpelihara.

“Sebab itulah kita tidak mahukan demonstrasi besar-besaran. Inilah akibatnya demonstrasi yang tidak terkawal telah memusnahkan negara yang pernah menjadi negara nombor satu di dunia apda satu ketika. Negara mereka pad awaktu ini haru-biru.

“Malah Perdana Menterinya, David Cameroon sendiri sedih dengan apa yang berlaku. Jadi kepada seluruh rakyat jadikan ianya sebagai iktibar agar kita dapat hidup dengan aman and makmur untuk kepentingan bersama,” katanya.

Sementara itu, Ibu Asyraf Mazanah Abu Mansor mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana sudi membantu keluarga mereka khsusnya membiayai perjalanan mereka untuk melihat anaknya di London.

“Kami amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada UMNO yang sudi membantu kami. Sejak peristiwa berkenaan menimpa Asyraf, saya telah berikhtiar mencari bantuan termasuk daripada kawan-kawan dan sebagainya.

“Alhamdulillah akhirnya bantuan itu sampai juga kepada kami dan sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih atas kesudian UMNO yang prihatin dengan apa yang menimpa kami sekeluarga,” katanya.

Seorang penuntut Malaysia cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain.

Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang patah tulang rahang dan gigi terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London.




Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Visual Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk ‘Heartless robbery in London riots!!!!

Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun yang menegahnya.




Komen GPB

Akhirnya parti  yang dikatakan zalim terhadap rakyat ini  juga yang membantu pelajar-pelajar Malaysia . Siap bawa lagi keluarga ini ke sana bagi melawat anaknya . Lepas itu kos perubatan pelajar malang ini ditanggung sepenuhnya oleh MARA .

Mana nak dapat kerajaan dan parti yang begitu prihatin macam ini lagi dalam dunia  . Itu  pun juak-juak bangang Pakatan dok cakap kerajaan yang sudah lebih 50 tahun memerintah cukup jahat dan lebih zalim dari Yahudi Israel .


One Response

  1. Anonymous says:

    padan muka

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps