UMNO Selangor sokong JAIS , PAS Selangor bila lagi ?

on Tuesday, August 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


UMNO Selangor yakin tindakan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika memeriksa sebuah gereja di negeri itu sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini mengikut peruntukan undang-undang.

Jika tidak, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, gereja itu boleh mengambil tindakan mengheret JAIS ke mahkamah.

"Saya yakin JAIS telah bertindak mengikut lunas undang-undang dan jabatan itu mesti tahu implikasi undang-undang bila berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2010 kepada Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, di sini hari ini.

Pada 3 Ogos lepas, JAIS membuat membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, selepas menerima laporan mengenai kehadiran orang Islam pada majlis makan malam yang diadakan di situ. - Bernama


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps