Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.
Golongan pesara juga akan dibayar RM500.Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
" Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.
Komen GPB
Terima kasih buat kerajaan BN dan Perdana Menteri DS Najib Razak yang begitu prihatin sekali terhadap kakitangan kerajaan dan pesara.













Alhamdulillah...jangan lupa zakat fitrah kepada seluruh umat Islam. Berhemah semasa berbelanja untuk LHDN akan datang.
Apa-apa pun kena bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana limpah rahmatnya kepada kita semua. Amin
ingin menjadi umat yg sentiasa bersyukur...