Pemuda PAS lebih percaya penjelasan Hassan Ali berbanding Hadi Awang

on Tuesday, August 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas PERKASA menyatakan pendirian dorang menyokong Hasan Ali dan tindakan JAIS, Dewan Pemuda PAS Pusat juga senada dengan PERKASA apabila bersetuju dengan tindakan JAIS yang melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya Rabu lalu.

Perkara tu dinyatakan oleh Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu sidang media di sini hari ini selepas pertemuan kira- kira sejam bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Hasan Ali bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan JAIS.

Kenyataan Nasrudin itu juga sekaligus berbeza dengan pandangan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pada Jumaat lalu yang menyifatkan tindakan JAIS itu tidak wajar.




Nasrudin yang hadir bersama 10 exco pemuda berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan dan meminta agar umat Islam bertenang dengan kontroversi yang berlaku sekarang.

Menurut Nasrudin menjadi prinsip dan tanggungjawab mana-mana jabatan agama untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

Dia juga berkata tindakan itu juga wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan malah dia mahu kepercayaan diberi kepada JAIS tanpa sebarang prejudis lebih-lebih lagi ia melibatkan usaha dalam menjaga agama Islam.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Hasan. Tindakan JAIS juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“JAIS ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk fahami dan patuhi segala peraturan yang ada.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul. Harap beri kepercayaan tanpa sebarang prejudis untuk menjaga agama. Yang salah dalam peraturan dan prosedur harus ditegur,” kata Nasrudin.

Komen GPB 

Pemuda PAS menerusi Nasrudin Tantawi   nampaknya lebih berani sikit berbanding Bapa Presiden PAS Hadi Awang & Nicky Aziz yang takut menyatakan pendirian tentang isu serbuan JAIS terhadap gereja di Petaling Jaya . 

Nasrudin keluarkan kenyataan ini selepas berjumpa sejam dengan Hassan Ali. Jadi bermakna Pemuda PAS lebih percayakan penjelasan Hassan Ali berbanding Hadi Awang yang sudah berjumpa lebih awal . Hadi selepas berjumpa Hassan menyatakan PAS perlu berjumpa sendiri JAIS dan pihak gereja bagi mendapat gambaran sebenar .


Kita lihat di sini percanggahan pandangan cukup ketara sekali dalam kepimpinan PAS  yang cukup tak ada teloq untuk menyokong JAIS dan Hassan Ali dalam serbuah gereja yang cuba memurtadkan umat Islam .



Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps