Kelakar sekali bila baca kenyataan terbaru Pemuda PAS yang nampak sudah takut bila Panglima ATM , Jeneral TS Zulkefli Mohd Zin beri amaran direct kepada mereka yang jelas memperalatkan bekas tentera untuk memburukkan ATM kononnya berlaku penyelewengan undi pos pada PRU 1986 .
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati ia tidak benar.Namun katanya, beliau tidak akan menyalahkan empat bekas anggota itu sebaliknya bimbang mereka dijadikan ‘alat’ oleh Pemuda Pas yang mahu mengambil kesempatan supaya mereka menentang bekas organisasi yang pernah diwakili sebelum ini.
‘‘Inilah salah satu perbuatan yang boleh saya ibaratkan sebagai tindakan pengkhianatan oleh pihak tertentu dan pada masa sama untuk menjejaskan moral warga ATM.
‘‘Dakwaan itu umpama kes Mismah Naim yang mereka dakwa diberikan MyKad dalam tempoh empat jam namun apabila disiasat, ia tidak benar. Justeru kita minta mereka mengemukakan bukti bagi mengukuhkan dakwaan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
Tak payah la Pemuda PAS dok berdolak dalih bahawa mustahil mereka boleh peralatkan bekas anggota tentera ini . Mudah saja GPB yakin semua mereka ini merupakan penyokong PAS dan sudah tentu sanggup buat apa sahaja untuk kemenangan parti mereka .
Hang pa baca la kenyataan Pemuda PAS yang sudah bertukar PONDAN bila kena sergah Panglima Perang Malaysia !! hahahaha
Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda Pas kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat Pas Pusat semalam.
Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Bin Omar, En. Mohamed Nasir Bin Hj Ahmad dan En. Kamarulzaman Bin Ibrahim.
Sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda Pas juga telah membawa En. Abu Bin Kassim dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.
Tan Sri Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda Pas megambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.
Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda Pas tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.
Mustahil bagi Pemuda Pas mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan displin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut.
Saya penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil kehadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang. Pemuda Pas memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.
Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan.
Menyalahkan pemuda Pas dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.Sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda Pas bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos.
Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos. Dewan Pemuda Pas bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera.
Dewan Pemuda Pas mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita. Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya.
MOHD ADRAM MUSA
TIMBALAN PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA













pas tak habis habis dengan undi pos,ada berapa juta orang undi pakai pos,kalau semua pengundi pos pangkah pas pada satu satu kawasan perwakilan pas tak mungkin akan menang jadi tak payah la nak sibuk pasal undi pos.apa pun alasan pas yang pasti pas memang parti haramejadah,ada berani bertandinglah diparleman J BARU.pasti jahanam deposit ko.
Saya seorang bekas tentera...saya lebih maklum apa yang sebenarnya berlaku....General ni baru saja memegang jawatan panglimanya lepas tu cuba nak selindung bangkai gajah dengan selendang Rosmah pulak... Malu la sikit pada Tuhan dan pada tentera2 yang sememangnya tahu kisah yang sebenar.... !
Kenapa bapa saya sorg bekas tentera! Berpangkat pegawai dlm Bhgn semboyan. Xtahu pasal penyelewengan undi pos ni yer? Bapa Sy pernah uruskan Hal Hal berkaitan pilihanraya. Semua Yg mengatakan undi pos itu ini semua penipu besar! TIADA PENYELEWEGAN UNDI POS!
TAK PULAK KECOH YANG RAMAI ANGGOTA POLIS DAN TENTERA UNDI PAS.