kredit kepada : Media Prmtg Pauh
Munaqasyah ( Perbincangan ) NEGARA ISLAM di Yayasan Al Nadhoh?? Masih ada lagi ke perjuangan negara Islam oleh PAS ? Ingat kan sudah masuk tong sampah ...
Ini merupakan banner yang dipamerkan di Kubang Semang , Penanti oleh PAS Prmtg Pauh mengenai satu program di markas besar PAS di Yayasan Al Nadhoh .
Yang menghairankan GPB ialah mengapa tajuknya hendak bincang Negara Islam . Bukankah PAS menerusi Presiden Hj Hadi sudah cakap tiada lagi negara Islam dalam perjuangan parti mereka dan yang ada hanyalah negara kebajikan .
Selepas itu pulak jika kita perhatikan di bawahnya itu tanda dipotong/garisan kepada perkataan " Negara Kebajikan , Persekutuan , Republik , Monarki "
Adakah PAS Permatang Pauh tidak setuju dengan PAS pusat iaitu Hj Haji yang tolak Negara Islam dan mahu kepada negara KEBAJIKAN ?
GPB nak tunggu apa reaksi Salleh Man dalam isu ini kerana beliau adalah Adun di kawasan itu iaitu DUN Permatang Pasir .
Mungkinkah Salleh Man juga ketahui akan hal ini bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh tidak setuju negara Islam dibuang dari perjuangan parti .
Atau PAS Prmtg Pauh ini masih lagi dok bohong orang Prmtg Pauh bahawa perjuangan negara Islam tetap teguh di bawah panji PAS ....
Ini gambar bukan super impose , tetapi gambar real banner diletakkan di simpang betul-betul depan Masjid Kubang Semang . Itu kawasan black area bagi penyokong parti cap keris untuk nak letak banner atau bendera.















Salam Ramadhan bro!
Umno takleh letak banner kat situ ka?
Oooo....tempat Semang berkubang rupenye! Patut le !!
Tempat teman pun ade gak Semang! Tapi depa dok ataih tunggoi, pegang bendera 'bulan' !!!