Panas ! Pengakuan saksi disebalik isu geledah Gereja oleh JAIS

on Saturday, August 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



 Isu kontroversi serbuan oleh JAIS dan polis terhadap Gereja di Damansara Utama yang dikatakan Hassan Ali ada agenda memurtadkan umat Islam memang ada asasnya .




Terbaru My metro hari ini dedahkan pengakuan beberapa individu yang menyertai aktiviti keagamaan Kristian ini dan diserbu JAIS baru-baru ini . 


KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.


Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.





Blogger BADAR SUCI  juga  mendedahkan pengakuan saksi beragama Islam yang hadir ke majlis itu .

Seorang pengikut beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (Di serbu Jais) yg enggan dikenali,mendakwa dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.

Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.

Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini,tetapi secara jujur,kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami.

Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu.

 GPB hairan dengan  PAS yang  sanggup menghentam JAIS yang cuba menyelamatkan umat Islam daripada agenda murtad oleh puak2 Kristian tanpa meneliti dulu bukti2 yang dijumpai .  Mereka lebih suka pertahankan gereja daripada agama Islam sendiri dengan gunakan Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan beragama .

Memang negara kita ada membenarkan  tetapi tidak wajar bagi agama lain cuba mempergaruhi umat Islam menyertai agama mereka .Dulu PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian , dan adakah sekarang agenda memurtadkan umat Islam mereka hendak tutup mata ?




4 Responses

  1. PAS biasanya membuat kenyataan, mengkritik ataupun membuat ulasan terhadap seduatau isu itu tanpa membuat home work ataupun siasatan, ataupun kajian teliti.. PAS lebh gemar mensensasiskan isu untuk kepentingan parti dan bukan untuk membela umat Islam yang menjadi mangsa. Lihat sajalah, tanpa usul periksa PAS dengan membabi-buta menghentam JAIS, sepatutnya PAS menemui JAIS bagi mendapatkan gambaran sebenar sebelum membuat ulasan....apakah ini cara Islam...ataupun ini cara PAS yang menjual Islam untuk berkuasa.....

  2. Anonymous says:

    no komen..jgn slhkan 100% kpd yg memberi bantuan, cuma yng mbri bantuan itu hanya mnjalankn pekerjaan mrka sbg manusia yg mpunyai hati dan perasaan sbg umt manusia,bantu mbantu..disini,kita masih tidak jelas adakah ulasan wanita tersebut benar ataupun mjadi 'cover' semata2 untk mngelakkan diri drpada menerima hukuman 'murtad'. itu adalah hak individu dan dalam hal agama ini tiada siapa yg memaksa untuk mnerima ajaran agama lain selain yg empunya bdan.. ITS UR CHOICE THEN..kisah2 spt ini sgt mgganggu jiwa para umat kristian, dan jika benarlah ini, kami ingin memohon maaf seandainya para pendakwah tersebut telah menyimpang dari landasan spt mana bcanggah dgn ajaran kristian.. kita harus sedar yg kita hidup dlm satu msyarakat..peace no war..take this as consideration,not an offense..1 malaysia..

  3. Anonymous says:

    Minum air tertentu? Hanya wujud dalam cerita dongeng... Kalau Malaysia ingin mengharam penggunaan kalimah Arab itu, Malaysia harus mendapat persetujuan negara-negara Arab. Orang bukan Muslim juga memakai kalimah yang sama di Arab.

  4. Anonymous says:

    Isu yang lebih bermotifkan politik dari agama. Meng-agamakan politik kotor adalah menghina Tuhan. Tuhan maha Suci dan tidak harus dipolitikkan. Apa lagi politik kotor.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps