PANAS ! Pemuda PAS Penang pun sokong GCM menentang murtad umat Islam ?

on Saturday, August 13, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments






Ustaz Hafiz lepas ni mungkin dipecat dari Pemuda Pas gara-gara berdemo sokong JAIS dalam melakukan pemeriksaan di gereja DUMC . Jika Ketua Pemuda PAS Nasrudin Tantawi diberikan tentangan hebat dari bukan Islam dalam Pakatan malah dalam geng PAS sendiri yang Pro Anwar .

Bantahan dan demo Pemuda PAS ini serentak dengan himpunan Pemuda UMNO bersama Gabungan Cegah Murtad semalam di Masjid Shah Alam diketuai Yb Zul Nordin & Ezam Mohd Nor .

Mereka membawa kain rentang bertulis "'Kami ahli pas menyokong tindakan Hasan Ali (AJK PAS Pusat) dan JAIS serta berdiri teguh bersama beliau dalam mempertahankan kesucian agama islam,Kain rentang lain turut bertulis "Wajib berjihad mempertahankan akidah- Harussani zakaria." " Khalid Samad, Khalid Ibrahim jangan derhaka pada sultan.
" " Kami berduri teguh bersama datuk hassan ali.
" " Murtad bukan hak asasi manusia.
" " Istiqamahlah wahai pas pusat".
 "Pas pusat jangan diam membisu
"


PULAU PINANG 12 Ogos - Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 20 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.


"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    bila kena tegur dengan tuhan pas nanti, turun la banner tu. bukan boleh percaya pun, berlakon jer tu.

  2. Anonymous says:

    -Heran apa pasal dari dulu tadak orang ketengahkah pasal DAP yang dalam 5 tahun dah bangunkan terlalu banyak rumah yang setiap bijik harga bejuta. Tadak Melayu yang mampu beli. Rumah yang kos sedang dan murah haram diorang nak luluskan. Balik Pulau yang dulu majoriti Melayu skrg penuh dengan rumah RM bejuta khas untuk Cina. Bukan kat Balik Pulau saja benda ni berlaku malah seluruh pelosok Penang, DAP dengan sifat anti Melayunya nak memenuhkan Cina seluruh Penang dan halau Melayu semua keluar. Yusmadi dan geng2 Melayu PKR dan PAS terang-terang sanggup tengok bangsa sendiri jahanam merempat di tanah sendiri. Tadak apa yang depa perjuangkan melainkan kita tengok hasilnya Melayu, Mami, Mamak dan India semakin hina di bumi Penang. Sure dalam projek perumahan kos tinggi ni puak2 DAP dapat panggu hadiah. Yang puak Melayu PAS PKR dapat la jugak habuan tutup mulut. 5 tahun lagi puak Guan Eng ni memerintah, sure Penang jadi macam Palestin. Ulama2 sepatutnya memfatwakan "HARAM ORANG ISLAM PENANG MENJUAL TANAH KEPADA BUKAN ISLAM". Apa pun Nik Aziz Nik Mat amat dihormati. Harap Tuan Guru datangla ke Penang dan tengoklah sendiri apa yang Guan Eng dah buat di Tanah bertuah ni.Islam tidak tertegak dengan baik di Penang sejak sekian lama malahan bangsanya dengan penuh kehinaan menitiskan air mata menjadi pelarian di Tanah sendiri. Malu dengan cucu cicit kita kelak.





    -Waktu Guan Eng mula2 jadi menteri dulu, dia mengaku berpegang kepada "Amar makruf nahi mungkar". Aku sendiri kagum dengan apa yang keluaq dari mulut si laknat ni masa tu. Tapi 5 tahun dia jadi KM haram 1 apa pun dia tak buat untuk menegakkan "Amar makruf nahi mungkar". Cakap kosongnya hanya untuk menyelesakan Melayu dan PAS sebaliknya hati Guan Eng ni penuh dendam dan bencikan Melayu. Mesyuarat nak suruh Yusmadi dan JAIPP kukuhkan usaha memantau perbuatan sumbang jauh sekali. Sejak dari zaman Koh Tsu Kon pantai Seagate memang terkenal sebagai tempat bezina, pemimpin UMNO Penang masa tu pun tak dinafikan goyang kaki, makanan masuk perut (kalau-kalau dapat perintah nanti, try la ulang lagi kalau nak kena maki). [Tapi tanah Melayu depa ambik berat. Cina dah banyak tanah kat Penang, cukup2 la.] Namun, tempat berzina semakin bertambah di area Quensbay. Si badigol Guan Eng cuma pandai mempermainkan Islam dan Melayu dengan slogan "Amar makruf nahi mungkar". Sial punya apek Guan Eng. DAP SANGAT BENCIKAN ISLAM DAN MELAYU. SIKAP PERKAUMANNYA BERBAHAYA DI PENANG. DAH TAK BOLEH SABAR DENGAN DAP, RASA MACAM NAK ..............

  3. Anonymous says:

    Batu Uban, Tanjong Bungah, Tanjung Tokong sama nasib dipersialkan Guan Eng. Tahniah Anwar.

  4. Anonymous says:

    Di mata Israel, mempertahankan keselamatan adalah dengan mengambil langkah pencegahan iaitu menyerang dan membunuh 10 orang Islam Palestin bagi setiap satu nyawa Yahudi. Anwar, kalau kau cakap alasan lain mungkin kurang berat. Tapi kau nak membodek dengan "Keselamatn Israel", bodoh keterlaluan.

    Macam mana nak kata "dengan syarat memenuhi aspirasi Palestin" pada hal melindungi keselamatan Israel sendiri bermaksud membantu Israel membunuh rakyat Islam Palestin?

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps