PANAS ! Jawapan untuk kenyataan Dr Asri tentang isu Zakat

on Friday, August 12, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Tulisan Dr. Asri dalam blog tempohari ,  KLIK DI SINI  mengajak umat Islam bermuhasabah diri dalam isu 'serangan' JAIS ke Dream Centre di Damansara Utama. Saya dengan ini terpanggil untuk menulis warkah yang serba kekurangan ini untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca, khususnya umat Melayu yang sudah pastinya diharap beragama ISLAM.

Dr. berhujah dengan mengatakan bahawa pengurusan zakat amat lemah di MALAYSIA, sehingga memaksa umatnya yang miskin terpaksa 'mengemis' di pusat dakwah agama lain. Di situ, mereka berasa amat bahagia, ditatang seperti minyak yang penuh dengan segala keperluan termasuklah kewangan, diberi dengan murah hati. Saya amat terkejut apabila terbaca pendedahan METRO baru-baru ini bahawa seorang ibu tunggal PN. NUR yang beragama Islam menyatakan dia sudah setahun mengikuti program gereja itu bersama-sama dengan 100 orang lagi yang senasib dengannya dek termakan budi bantuan gereja.

Tetapi untuk menyalahkan sepenuhnya institusi zakat bermakna Dr. hanya melihat permasalahan MURTAD ini dari satu sudut sahaja. Dalam pencarian saya di Internet saya terjumpa penjelasan daripada Pusat Zakat Negeri Sembilan yang mengatakan bahawa PN. NUR yang diwawancara oleh METRO itu sebenarnya bukanlah ibu tunggal seperti yang didakwanya. Selain itu, dia juga masih menerima bantuan sebanyak 22 KALI sejak 2006. Kali terakhir ialah pada Julai 2011! 

Ini bermakna (sekurang-kurangnya di Negeri Sembilan mungkin) institusi zakat masih berfungsi menjalankan tanggungjawab mereka membantu golongan asnaf. Cuma yang dikesali mungkin jumlahnya tidak setanding dengan RM2000 yang diberi pihak gereja!

Dalam kes ini, saya berpendapat PN NUR telah tergoda dengan 'janji dunia' sehingga terlupa akan 'janji akhirat'! Hidayah dan iman adalah milik ALLAH SWT, Dia berhak memberi dan mengambil nikmat itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Oleh demikian, patutkah JAIS yang berusaha menyelamatkan akidah dan iman saudara-saudara seagama kita, diperkecil-kecilkan sebegitu rupa?

Dr. juga ada menyebut "Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam". Saya amat bersetuju dengan kenyataan itu. Tetapi untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam bukanlah melalui zakat semata-mata. Tingkah laku umat Islam itu sendiri adalah FAKTOR UTAMA yang lebih besar daripada aspek zakat! Bayangkan jika saya seorang non-muslim yang ingin mendekati Islam dengan bertandang ke masjid, tetapi adegan sebegini berlaku di rumah suci Allah dan dilakukan oleh umat Islam sendiri, apakah niat saya itu masih boleh diteruskan? Adakah logik hati saya akan lebih dekat dengan Islam?

aya berpendapat kita haruslah mengambil iktibar melalui beberapa perkara yang berlaku dewasa ini yang semakin menggusarkan hati saya sebagai seorang Melayu beragama Islam. Apabila pihak berkuasa bertindak menjaga kesucian Islam, KITA SENDIRI pula yang memperkecil-kecilkan usaha murni mereka. Janganlah kerna terlalu taksub berpolitik, kita menggadaikan maruah agama kita kepada musuh-musuh samada yang tersembunyi ataupun yang nyata. Wallahua'lam.

-DECIMA-


6 Responses

  1. ajai62 says:

    Assalam Bro

    Dr. ni sekarang kalau bercakap dia aje yang betul.. adakah dia sudah siasat sebelum mengeluarkan kenyataan... Biasalah kalau dah nama bijak pandai bukan mahu mendengar kenyataan orang lain... Masalah kat sini semuanya pasal tamak dan haloba... ALLAH swt tidak akan menolong sehinggalah seorang insan itu menolong diri dia sendiri... kenalah rajin dan tidak bersifat pemalas...

  2. Anonymous says:

    Akhir zaman ramai kaum wanita tergoda dgn godaan Dajjal. Itu adalah ketentuan Allah. Berhati-hatilah wahai wanita. Jangan lupa juga, berhati-hati terhadap kenyataan Asri yg sering sangat mengelirukan. Mentang2 lah dah dpt gelaran Dr dan dah dapat ramai pengikut.

  3. Anonymous says:

    DR ASRI DAH JADI JURUCAKAP HAL EHWAL ISLAM PIHAK PEMBANGKANG..KALAU ADA ISU JER MESTI MALAYSIAKINI ATAU MALAYSIA INDISER INTERVIEW DIA...CUBA TANYA DR ASRI NIE BOLEH KER WANG ZAKAT TUE NAK DI BANDINGKAN DGN SUMBER KEWANGAN PIHAK GEREJA TUE...HABUAN UNTUK MURTADKAN SEORG MUSLIM PUN DI BAYAR RM60 RIBU.CUBA BAYANGKAN BESAR MANA SUMBER KEWANGAN DIORG...

  4. Anonymous says:

    kita bukanya mhalang pihak gereja utk mbantu umat islam. mmg la gereja ingin membantu, ttp kita kena sedar dorang nak mbantu sbb ade udang di sebalik batu. takkan itu pun xbleh nak pikir. kalu betul pun salah kita, maka perlulah kita bsama-sama saling tegur-menegur selain terus menyalahkan sst pihak dikalangan kita sesama umat islam tanpa mengkaji fakta terlebih dahulu.

  5. Anonymous says:

    Kenapa Puasat Zakat yg dipersalahkan, yg menerima bantuan gereja itu bukannya asnaf zakat. Mereka berbelanja melebihi pendapatan(nak berlagak mcm org kaya tetapi pemalas berusaha).
    Sebenarnya salah satu penyumbang murtad di negara ini ialah ustadz2 yg mengaku diri ulamak terlalu ramai, mereka menjual ilmu agama demi dunia dan sering berbantahan secara terbuka sesama mereka demi kegilaan mereka kpd daki dunia, pengakut Islam menjadi semakin keliru dgn percangahan ustadz2 ini semua termasuklah beliau ...

  6. Anonymous says:

    Sedap la mcm tu. Bila murtad saja boleh salahkan rg lain sbb x bagi bantuan. Padahal jalan tu kita sendiri yg pilih

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps