Terkini kisah geng 12 umat Islam yang berada di majlis dinner di DUMC semakin panas . Cerita murtad memang benar berlaku di mana ia dibongkarkan oleh sebuah blog yang mendapat info terus dari twitter seorang peguam hak asasi pada 4 ogos .
Di bawah adalah screengrab beberapa tweet yang dikeluarkan oleh peguam hak asasi Edmund Bon Tai Soon pada Ogos 4.
(Pada malam Ogos 3, Jais menjalankan pemeriksaan acara kontroversi yang dianjurkan oleh pusat Harapan Komuniti-DUMC bertempat di dewan gereja Methodist).
Tweet Edmund Bon mengatakan beliau telah cuba berunding dengan kerajaan Selangor supaya tidak menentang hak anak guamnya untuk meninggalkan Islam.
Akan tetapi Edmund nampaknya tidak betul fakta apabila mengatakan JAIS/MAIS bukan terletak di bawah bidang kuasa exco negeri. Sebenarnya exco SelangorHasan Ali ialah timbalan pengerusi MAIS dan perkara-perkara bersabit agama adalah hal negeri (state matter).
(Klik pada rajah untuk besarkan. Http://twitter.com/#!/edmundbon)
Edmund Bon pernah menjadi pengerusi jawatankuasa undang-undang perlembagaan serta jawatankuasa hak asasi manusia bersama Majlis Peguam. Beliau juga salah seorang pengasas Pusat Rakyat Loyar Burok.Siapa agaknya anak guam yang dimaksudkan oleh Edmond Bon itu dan adakah tweetnya mempunyai apa-apa kaitan dengan 12 orang Melayu yang akan disoalsiasat Jais?
Sepenuhnya di Helen Ang







