oleh : Double Y
Apa khabar agaknya Cik Faekah Husin sekarang ini, maklumlah sudah agak lama kita tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh SETPOL Menteri Besar Selangor ini.
Kalau dulu pantang ada isu Faekah merupakan individu paling di hadapan mempertahankan tindakan 'bengong' kerajaan Negeri Selangor, malah kadangkala beliau dilihat lebih besar dari Menteri Besar sendiri.
Diam tak diam Setpol yang sudah menghampiri menopouse dikatakan menyokong satu gerakan kumpulan murtad di facebook. Sebagaimana didedahkan oleh blogger Angin Perubahan. Jadi saya korek dengan lebih mendalam dengan apa yang didedahkan oleh Angin Perubahan.
Kumpulan facebook AMS atau 'Murtad's In Malaysia and Singapore' ditubuhkan konon untuk menyumbang sokongan moral kepada golongan murtad di Malaysia dan Singapore, objektif mereka adalah mewujudkan satu sistem sokongan moral kepada umat Islam yang telah murtad.
Agak aneh bila Faekah Husin merupakan individu yang turut sama menyokong gerakan kumpulan ini bersama beberapa pemimpin pembangkang yang lain antaranya Lee Boon Chye (ahli parlimen PKR Gopeng), Sim Tze Min (ADUN DAP Pantai Jerjak), Nasir Hashim (ADUN PSM Kota Damansara), Tan Kok Wai (ahli parlimen DAP Cheras), Lim Lip Eng (ahli parlimen DAP Segambut), Boo Cheng Hau (ADUN DAP Skudai), Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK PKR)
| "hello... abg khalid jgn joli sgt duit rakyat selangor tau". |
Gerakan jijik kumpulan yang tidak faham akan pengertian Islam sepenuhnya ini sungguh mengejutkan, mereka mengutarakan pendapat sesama mereka mengikut logik akal. Malah semua perkara berkaitan Islam mahu pun ayat-ayat Al-Quran ditafsir mengikut logik akal.
Gerakan kumpulan ini merupakan satu penghinaan besar kepada umat Islam negara ini.
Perkara 3 perlembagaan menetapkan Islam adalah agama negara namun agama-agama lain boleh diamalkan dan dipraktikkan dalam keadaan aman dan harmoni.
Fasal 11 pula menetapkan setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan mengamalkan agama sendiri tetapi mereka perlu patuh kepada undang-undang di mana tidak menyebarkan fahaman agama mereka kepada orang Islam.
Kumpulan ini mengeksploitasikan Perkara 11 dalam perlembagaan Malaysia. Kebebasan beragama di Malaysia dijadikan asas untuk menghalalkan tindakan murtad mereka. Mereka mungkin tidak faham bahawa setiap etnik Melayu di Malaysia ditakrifkan sebagai muslim mengikut perlembagaan.
Mari kita lihat beberapa komen yang dikeluarkan oleh mereka secara sedar dan bukan dalam keadaan diri dipengaruhi oleh dadah atau alkohol :
Individu yang meninggalkan komen dalam bulatan pertama di atas dipercayai individu yang sama di laman twitter yang bernama Makcik Hajjah Sitt @sitt_alwuzura3. Diikuti dengan komen Lancer Justin yang menyeru supaya tidak mempercayai Islam dan melabelkan bahawa umat Islam melayan agama lain dengan baik bertujuan untuk memastikan mereka semua memeluk Islam.
Antara komen-komen lain :
Profil facebook Fundamentalist Dogma Delusion mengatakan Allah itu tidak wujud dan dia lebih percaya kepada konsep Tuhan Spinoza. (Sah budak ini hidup dalam delusi)
Umat Islam juga digambarkan sebagai agama yang tidak bermaruah, bodoh dan menolak kemodenan.
Mungkin manusia ini lupa bahawa kemodenan yang pesat dalam Malaysia sekarang merupakan hasil idea empat Perdana Menteri terdahulu yang beragama Islam. (UMNO bukan Islam PAS)
Apakah motif Faekah Husin ikut serta dalam kumpulan ini?
Adakah Faekah Husin menyokong tindakan mereka yang telah keluar dari Islam?
Tetapi saya percaya ada yang sertai kumpulan Murtad's Malaysia and Singapore ini bukan semuanya telah keluar Islam, ada yang masuk menasihati dan memberikan bimbingan supaya mereka kembali ke pangkal jalan.
| Comel.... |
Faekah Husin tidak berseorangan dalam menyokong gerakan kumpulan yang mengaku murtad ini. Siapa yang turut bersama Faekah Husin?
Cuba teka siapa?
Siapa yang melarikan diri ke luar negara dan berfoya-foya dengan minah saleh dan ingin membetulkan hal ehwal pentadbiran negara sedangkan diri sendiri tidak betul?
Teka siapa?
Jeng....Jeng... Jeng...
Siapa lagi kalau bukan Raja Fitnah Kamaruddin.
Kebanyakkan ahli kumpulan ini dilihat menggunakan logo Bersih 2.0 yang mana pengerusi Bersih 2.0 adalah Ambiga yang memperjuangkan IFC. Salah satu yang diperjuangkan IFC adalah anak yang berusia 18 tahun ke atas bebas memilih agama mereka dan ibubapa tiada kuasa untuk menghalang.
Nampak tak bahayanya gerakan mereka?
Nampak wujudnya gerakan memurtadkan orang Islam sebagaimana dikatakan oleh Hasan Ali di Selangor baru-baru ini?
Nampak tak wujudnya gerakan mengkristiankan Malaysia?
Semalam ada yang bertanya kepada saya "salah ke aku sertai gerakan kumpulan ini, aku bukan kacau hidup ko pun?"
Jawapan untuk soalan ini adalah ada di dalam diskripsi kumpulan ini. Lihat bahagian objektif penubuhan kumpulan 'Murtad's Malaysia & Singapore'.
Pihak berkuasa dan SKMM sila ambil tindakan, jangan biarkan Islam dihina dan dihenjut-henjut oleh anak-anak muda yang tidak faham Islam lebih-lebih lagi mereka bukan beragama Islam!!!
Komen GPB : Patut la negeri Selangor berleluasa agenda murtad sebab ramai pemimpin Pakatan sokong .










