Persatuan Veteren Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) memberi amaran "kami tidak teragak-agak untuk menggempur mana-mana pemimpin pembangkang yang cuba mengaibkan, memalukan dan memecah-belahkan umat Islam.
"Kami akan terus mempertahankan kesucian Islam dan sekali lagi mengingatkan agar pihak agama lain menghormati agama Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita di pintu masuk utama bangunan SUK di sini, Khamis.
"Tolonglah wahai MB jangan sampai kami hilang sabar dan humban ke dalam Gereja"
Kira-kira 50 ahli dan penyokong PVTM berkumpul dihadapan pintu masuk SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap Abdul Khalid.
Memorandum berkenaan diterima oleh Pegawai Media Pejabat Menteri Besar, Tuan Nazuri Tuan Ismail.
Menerusi memorandum yang turut akan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah itu, PVTM mendesak Abdul Khalid memohon maaf secara terbuka kepada JAIS dan seluruh umat Islam di Malaysia.





