..

..

Jalan P Patto agenda tutup kelemahan Guan Eng sebagai wakil rakyat Bagan !

on Wednesday, August 31, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


GPB hairan sejak  3 tahun Guan Eng jadi Ketua Menteri  , masalah-masalah rakyat  terutaman di kawasan Parlimen Bagan sendiri  dia tidak mahu tengok , tetapi   yang beliau sibuk ialah tentang nama Jalan untuk ditukar  .  Masalah  penduduk berbilang kaum iaitu Melayu ,Cina dan India   kampung  Mak Mandin Hijau yang Lim Hock Sek janji  dulu sampai sekarang tak selesai lagi , malah Guan Eng sendiri pun sebagai MP Bagan  pun tak bantu mereka .




Mengapa nama P Patto dipilih ?  Mungkin kah Guan Eng mahu cari semula sokongan kaum India di negeri ini  yang marah kepada DAP gara-gara tidak membantu dalam isu Kg Buah Pala yang pernah mereka janjikan semasa PRU 12 dulu .


Bila nak tukar nama Jalan , kena buat upacaran perasmian & jalan baru ..



Mungkinkah akan ada lagi nama Jalan akan ditukar kepada pemimpin yang DAP kehendaki . Tak mustahil nama Chin Peng pun akan lekat juga nanti jika negara ini diperintah oleh puak2 penyokong komunis ini 





UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENAMAAN JALAN P.PATTO

Bersyukur kita kepada Tuhan atas kurniaan kesihatan yang baik untuk kita sama- sama berkumpul pada pagi yang mulia ini sempena perasmian Penamaan Jalan P.Patto. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis hari ini.

Penamaan jalan sempena nama tokoh bukanlah satu perkara baru di negara ini. Ada kalanya nama jalan diubah sebagai penghargaan kepada tokoh- tokoh tertentu yang telah menyumbangkan jasa kepada bangsa dan negara.

Dan sememangnya negara kita tidak pernah ketandusan dengan tokoh-tokoh yang wajar dihargai. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berpendapat penamaan sebatang jalan baru merupakan salah satu pendekatan yang praktikal dan wajar diteruskan di masa-masa akan datang.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi penduduk Pulau Pinang terutamanya kepada keluarga mendiang P.Patto. KLIK DI SINI SELANJUTNYA


One Response

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.