Berdasarkan maklumat serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 (Rabu) baru-baru ini. Menurut berita yang dikeluarkan akhbar tempatan, serbuan tersebut dilakukan apabila Jais menerima laporan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman lain kepada penganut agama Islam.
Penafian ?
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), melalui pengerusinya Biskop Datuk Ng Moon Hing berkata program tersebut adalah sebuah majlis makan malam amal tahunan anjuran Harapan Komuniti bagi mengenang usaha pihaknya mengadakan porgram-program komuniti dan kebajikan.
Presiden MAC (Majlis Aids Malaysia) pula menyatakan, Harapan Komuniti adalah rakan pertubuhannya dan mengadakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di negeri Johor dan Kuala Lumpur di samping memperjuangkan mereka yang menghidap HIV di dalam masyarakat.
Pisau melihat 2 penafian yang berbeza dibuat oleh 2 pihak bercanggah tentang apa yang berlaku pada hari kejadian.Berdasarkan maklumat.
1.Semasa kejadian, terdapat lebih kurang 50 org di dlm gereja termasuk 15 melayu (umur dlm lingkungan 15 ke 40 thn dan diketuai oleh seorang perempuan dikenali sebagai Nadia).
2.Program tersebut ada kaitan dengan usaha pihak gereja untuk mengkristiankan kumpulan orang melayu tersebut). Jais bertindak atas maklumat yg diperolehi.
3.Sebelum operasi dijalankan, pihak Istana telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa. Selepas itu, mereka di beri risalah dan bible dalam bahasa melayu.
3. Semasa nak masuk gereja, penguatkuasa Jais telah dihalang masuk oleh pihak gereja. Mereka sempat musnahkan beberapa bahan bukti dan membawa keluar 3 org melayu melalui pintu belakang.
4.Kesemua kumpulan orang melayu tersebut tidak ditahan tetapi diarah beri keterangan kepada Jais pada tarikh yg ditetapkan. Laporan penuh telah dihantar oleh Jais kepada pihak Jakim, Istana dan Peguam Negara.
Jika tidak melakukan kesalahan mengapa membawa keluar 3 orang melayu melalui pintu belakang?
Jika majlis hanya sekadar program komuniti mengapa menghalang pihak JAIS daripada masuk untuk membuat pemeriksaan?
Di dalam Perlembagaan Persekutan membenarkan setiap rakyat di dalam aspek kebebasan agama (Rujuk: Perkara 11(1),(2),(3),(4) dan (5)). Namun ia tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing.
Di dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian III secara umumnya menjelaskan bahawa undang-undang syariah negeri berkuasa menghalang mana-mana pihak yang mempunyai usaha untuk melakukan penghinaan dan mempersendakan agama Islam.
Dari sudut undang-undang — Perlembagaan mahupun Syariah — kita melihat dan mengiktiraf bahawa agama Islam harus diletakkan penghormatan yang tinggi. Namun, dalam masa yang sama ia perlu ditegakkan dengan tidak sesekali mengenepikan — bagi undang-undang Syariah — apa yang disebut Maqasid Syariah — yakni objektif penubuhan undang-undang Islam itu iaitu memberi kemaslahatan kepada semua manusia.
Oleh kerana syariat Islam itu diturunkan kepada seluruh manusia — rahmatan lil ‘alamin — maka undang-undang syariat sepatutnya selaras dengan semangat objektif syariah tersebut yakni memberi keselesaan, kesejahteraan, keharmonian dan kebaikan kepada semua manusia — orang Islam dan termasuk bukan Islam. Ini prinsip jelas dalam Islam.
Begitu juga di dalam perlembagaan. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Dr Aziz Bari bahawa perlaksanaan undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan harus disertakan dengan semangatnya iaitu menilai objektif ditubuhkan perlembagaan itu — adalah untuk memberi kebebasan, hak dan keharmonian keseluruhan agama dan kaum.
Dari sini kebijakan menanganinya berlegar kepada persoalan dakwah — yakni mengambil tindakan dan memberi pandangan yang selaras dengan kehendak Islam dengan tidak mengenepikan persoalan hak serta adab bagi agama lain, serta persoalan penguatkuasaan undang-undang — iaitu dengan mengambil tindakan yang tepat dan tidak mengenepikan semangat maqasid syariah itu - MOHD AIZAT MOHD SALLEH.
45 NGO SOKONG JAIS
Kira-kira 45 Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Selangor (NGO) pada Isnin sepakat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di Seksyen 13, Petaling Jaya Rabu lalu.
Menurut jurucakap kumpulan NGO Islam tersebut, Dr Dzulkhaini Husin mendakwa, pihaknya mempunyai cukup bukti bahawa pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai asas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan dikalangan Orang Islam) 1998.
“Kami telah memeriksa perkara ini dengan JAIS, selama beberapa hari dan membuat kesimpulan bahawa tindakan JAIS semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Beliau yang juga Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang apologetik dan tidak mempertahankan JAIS dalam isu ini.
“Kami minta kerajaan negeri Selangor tidak bertindak luar dari bidang kuasanya. Menteri Besar (MB) seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan MB tidak perlu berasa apologetik dan memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan,” katanya.
Beliau mendakwa, kerajaan negeri Selangor telah bertindak di luar bidang kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam.
“MB seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan beliau juga tidak perlu berasa apologetik dan memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan.
“Seharusnya, MB tidak membelakangkan peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS dalam melaksanakan tanggungjawan mereka untuk mempertahankan kesucian agama Islam semata-mata kerana kepentingan politik,” katanya.
Justeru, Dzulkhaini berkata Abdul Khalid tidak wajar menanamkan bibit-bibit kesangsian antara kaum dan tidak memberi ruang sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak untuk memberikan kenyataan yang mengelirukan.
Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja “mengkristian seluruh umat di dunia”.
“Gereja Methodist itu menggunakan formula tersebut dengan cari mereka yang perlu bantuan,tarik hati mereka,rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus,” dakwa beliau.
Bagi Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (PIMPINAN), Fakurruddin Eshak pula mendesak agar premis (gereja) yang terlibat di ambil tindakan agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
“Jika insiden ini berterusan ia akan menaikkan semangat orang Melayu dahulu seperti yang berlaku pada Natrah. Jika ada undang-undang ia perlu diselesaikan dengan lebih baik,” katanya.
Terdahulu, kumpulan NGO Islam itu turut menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah meminta baginda campur tangan dalam isu tersebut serta mendesak agar penganut agama lain mengelak usaha dakyah mereka terhadap umat Islam.
Memorandum lima muka surat itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani di Istana Bukit Kayangan, kira-kira pada pukul 10.40 pagi tadi.
Antara NGO yang terlibat termasuklah Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIES), Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Unit Muballighat JAIS dan lain-lain.
Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.
Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Kontroversi tersebut masih belum selesai apabila pada Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk memberi penjelasan lanjut berhubung tindakan JAIS melakukan pemeriksaan terhadap gereja berkenaan.
Abdul Khalid juga turut mengeluarkan kenyataan melarang semua Exco Kerajaan Negeri memberikan kenyataan media atau mengulas mengenai isu berkenaan sehingga laporan siasatan daripada JAIS siap sepenuhnya dan akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor untuk memohon nasihat daripada baginda – Mstar
Keadilan versi khawarij semata mata tidak mahu kehilangan undi.Mereka lebih rela kehilangan pemimpin yang menegakkan syiar Islam seperti Hassan Ali daripada hilang undi .
Kalau tak berlaku takkanlah ada laporan dibuat kepada JAIS,kalau tak berlaku kenapa majlis dibuat jam 10 malam, kat gereja berbuka puasa jam 10 malam kah?
Adalah tidak menjadi persoalan jika pihak gereja menjemput semua lapisan masyarakat setempat Melayu ,cina dan india termasuk pemimpin agama setiap masyarakat kerana kata mereka ia dibawah atas nama 1Malaysia.Sudah pasti melambangkan toleransi sesama agama dan keharmonian rakyat dinegara ini.
Kalau masyarakat melayu boleh menjemput orang bukan melayu dalam majlis berbuka puasa, apa yang tak kena bila pihak gereja ingin menaja iaitu memberi makan kepada mereka2 yang berpuasa.
Yang tak kena adalah kenapa jemput hanya 15 orang melayu sahaja. Yang mencurigakan pihak JAIS dan Hasan Ali adalah kenapa jemput hanya 15 orang melayu sahaja.
Yang peliknya, orang islam buka puasa jam 7.30 petang, tapi majlis berbuka puasa yang dianjur oleh pihak gereja bermula jam 10 mlm.
sumber : PISAU.NET






