Isu Mismah : Pakatan sengaja perbesarkan untuk burukkan kerajaan

on Tuesday, August 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



SHAH ALAM – Isu melibatkan seorang penduduk tetap didakwa menjadi warganegara hanya dalam masa empat jam sebenarnya isu kecil dan boleh diselesaikan dengan perbincangan.

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, Pakatan Rakyat (PR) memainkan isu ini secara berlebihan kerana takut sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) semakin kuat.

Menurutnya, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihentam teruk pada isu Bersih 2.0 lalu, sekarang mereka mahu libatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang kononnya bersekongkol.

“Perkara ini adalah mai-nan politik semata-mata, mereka (PR) tahu Bersih 2.0 lalu gagal kerana sokongan pada BN terus meningkat, jadi mereka goyah dan mewujudkan pelbagai dakwaan baru.

“Mereka bimbang sokongan semakin lari, jadi mereka mahu mewujudkan pemikiran jika mereka kalah berpunca dari taktik kotor SPR dan JPN, rakyat tidak tertipu dengan cara ini,” katanya.

Idris mengutuk sesetengah pemimpin PR yang mula ugut mahu adakan himpunan Bersih 3.0 hanya kerana isu kecil yang boleh diselesaikan dengan baik.Katanya, pembangkang pandai gunakan pelbagai teori untuk alihkan perhatian.


Komen GPB

Pakatan ini memang bengong bin bahalol la ..macam sial sekali Salahuddin and the geng pi serah memorandum kepada Nazri cari publisiti. Walhal isu Mismah ini sudah dijawab oleh blogger  pro kerajaan selepas Malaysiakini kantoi oleh  Double Y . Malah JPN sendiri sudah nafikan cerita bohong 4 jam settle mykad ini .

Jadi di sini , apa lagi juak-juak Pakatan ini nak perbesarkan isu Mismah ini lagi .  Kerajaan pulak tak perlu melayan permintaan juak-juak ini mahu adakan sidang tergempar parlimen .Nampak sangat mereka sudah ketandusan isu untuk fitnah kerajaan di bulan Ramadhan ini


One Response

  1. Anonymous says:

    bayang bayang kekalahan pilihanraya 13 dah nampak dah sebab itu mereka berusaha mengadakan isu-isu supaya mementum rakyat menyokong mereka masih ada.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps