Isu geledah gereja : Penjelasan Kak Ijat mengenai golongan miskin Islam ..

on Monday, August 8, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Isu serbuan gereja oleh Jais baru-baru ini telah menemui umat Islam dan mualaf yang miskin yang mendapat bantuan daripada NGO supaya membantu mereka.  Tetapi bantuan itu rupanya hanya lah wayang dan sebaliknya mereka cuba menyebarkan dakyah yang boleh memesongkan akidah . 

Mengapa umat Islam ini tidak memohon bantuan dari NGO Islam lain atau kerajaan menerusi JKM ? Ini jawapan Kak Ijat selaku Menteri terbabit menjawab persoalan tentang ramai golongan miskin dan ibu tunggal yang perlu pembelaan hingga terpaksa pergi minta di gereja . 





Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, meminta mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, kementeriannya melalui jabatan itu membelanjakan sebanyak RM1.2 bilion setahun bagi membantu kira-kira 450,000 orang.

Katanya, tidak timbul isu bantuan yang diberikan kerajaan tidak mencukupi kerana terdapat banyak agensi termasuk orang perseorangan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan kementerian lain yang turut memberikan bantuan.

Tidak ada negara di dunia ini atau kerajaan yang boleh membantu setiap rakyatnya dalam segala situasi. Kita bukan negara kebajikan tetapi kita kerajaan yang prihatin.

"Kalau ada keluarga atau mana-mana rakyat yang betul-betul tidak ada pembelaan, tidak ada duit datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Itu saja yang kita perlu,"

Shahrizat mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    tapi masalahnya kak ijat, gereja tu gi cari orang susah. JKM dll tu tunggu org susah datang... so, fikir2 lah sendiri. Jawab lah di akhirat esok. aku bukan pembangkang, tp aku pn x suka perkara mcm ni.

  2. Anonymous says:

    DIA ORG CARI COZ NAK BEDAKWAH MASUK AGAMA DIORG YG JKM TUE AGENSI KERAJAAN KENALAH BUAT PERMOHONAN ATAU PUN ADA ORG YG REKOMENKAN BARULAH JKM DAPAT BERTINDAK...JKM BAGI RM 200,RM300 SEBULAN DIORG PULAK BAGI RM 1000 SEBULAN ATAU LEBIH HAH MACMA MANA NAK CERITA NIE?XKAN SALAH JKM LAGI KOT??

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps