“Takkan tak kenal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng…Pemimpin lidah bercabang sepertimana Ahli Parlimen kawasan saya merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebab itu saya tidak hairan Guan Eng masih senyap berhubung desakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berhubung pembinaan rumah kos rendah di negeri ini”, kata Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.
Menurut beliau Pulau Pinang bukannya besar dan luas yang menyukarkan Guan Eng untuk menunjukkan tempat pembinaan rumah kos rendah seperti yang diwar-warkan olehnya sebelum ini.
“Kalau susah sangat Guan Eng tak payah tunjuk… Sebut tempat mana saya yang akan pergi tunjukkan kawasan berkenaan kepada Datuk Zainal. Saya pun teringin nak tengok bagaimana rupa bentuk rumah tersebut.
“Maklumlah Ketua Menteri yang menjadikan idolanya pemimpin Islam Khalifah Umar Abd Aziz…Mungkin rumahnya lagi besar daripada rumah yang kerajaan BN buat kerana DAP bersekongkol dengan sebuah parti yang memperjuangkan Negara Berkebajikan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sebelum ini, Guan Eng menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.
Guan Eng mendakwa telah membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta. Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina.
Ekoran itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menamakan tempat di mana perumahan kos rendah dan sederhana yang kononnya telah dibina oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih tampuk pimpinan di negeri tersebut.
“Sekiranya benar kerajaan negeri ada membina rumah kos rendah dan sederhana seperti yang didakwa, war-warkan di manakah tempat perumahan tersebut dibina dan agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawab membina perumahan tersebut.” Katanya.
Tegas Zaidi lagi, Guan Eng tidak akan berani untuk mengemukakan apa yang dicabar oleh Datuk Zainal itu kerana beliau sedar dan tahu pembohongannya akan makin terserlah jika terus dengan isu berkenaan.
“Sebab itulah kita tengok bagaimana beliau mendiamkan diri sejurus cabaran berkenaan. Kalau betul dan benar kenapa berdiam diri. Jangan tersalah tunjuk pulak..Nanti lain pula jadinya,”ujar beliau. -MediaUMNO
Komen GPB
Guan Eng silap banyak kali dalam melakukan pembohongan menggunakan angka . Kalau sebelum ini beliau banyak main angka seperti berapa jumlah gerai penjaja haram dirobohkan , tetapi dalam isu rumah kos rendah kononnya banyak dibina kerajaan DAP sudah nak pecah tembelangnya .
Nak tipu benda lain mungkin nampak senang , tapi nak kelentong berapa buah rumah dibina dan lokasinya telah telah menjerat kaki pembelit No 1 Penang ini . Silap -silap rumah Guan Eng cakap itu mungkin di tengah laut .haha
Pemuda UMNO Prmtg Pauh sudah cabar kerajaan DAP supaya tunjuk di mana lokasi rumah kos rendah yang dikatakan banyak dibina kerajaan DAP selama 3 tahun perintah .. Kalau berani jawab la !
Tapi kalau lihat video sidang DUN ini ,Exco DAP sendiri akui kerajaaan DAP tak bina langsung rumah kos rendah ...












Ada tu... rumah monopoly agaknya...