Syabas ! BERSIH terus digempur oleh PDRM di Kota Damansara ...

on Wednesday, July 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas menjumpai pelbagai barang merbahaya yang mempunyai kaitan dengan himpunan haram BERSIH semalam   ,  Polis terus memperhebatkan menggempur ceramah2 mereka di Kota Damansara.


PKR tuduh   PDRM engkar Titah Khas Yang DiPertuan Agong . Harus diingat Himpunan Bershit mereka dibenarkan dibuat di stadium  sahaja itu pun masih lagi perlu ambil kira faktor keselamatan ..  Mengapa  mereka dok putar belit  menyatakan   bahawa YDP Agong  menghalalkan himpunan mereka ini ?


Serbuah polis dan mengepung Dewan MBPJ memang tepat lah semalam kerana dilakukan secara haram ! 


Mereka ingat polis nak duduk diam bila jumpanya bom petrol dan parang yang mempunyai kaitan dengan BERSIH ..   teruskan operasi ini ! 


KOTA DAMANSARA: Engkar Titah Khas Yang DiPertuan Agong, pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.
Tindakan itu kurang 12 jam selepas Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.


Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.
Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.


Polis secara kasar menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram.
Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit.
Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps