Polis juga sekat juak-juak Ambiga di KL Sentral

on Saturday, July 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



HULU SELANGOR 8 Julai — Polis Selangor mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan KTM Komuter di negeri ini mulai petang ini sebagai langkah pencegahan berhubung perhimpunan haram yang dirancang esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah memberi amaran bahawa polis akan menahan individu atau kumpulan yang memiliki peralatan dan pakaian berkaitan perhimpunan haram itu dalam operasi pencegahan jenayah tersebut.

"Anggota polis dari Kuala Lumpur akan turut membantu polis Selangor dalam operasi pencegahan jenayah ini, bagaimanapun butiran lanjut mengenainya tidak boleh didedahkan kerana atas sebab-sebab keselamatan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bukit Sentosa di sini hari ini.

Tun Hisan berkata, secara keseluruhannya keadaan di seluruh negeri Selangor terkawal dan sehingga kini Polis Selangor menerima sebanyak 450 laporan polis yang membantah perhimpunan esok.

Sehingga hari ini, sebanyak 47 tangkapan dibuat oleh polis Selangor kerana ada kaitan dengan perhimpunan haram esok, katanya. Katanya, sekatan jalan dan pemeriksaan orang ramai di stesen LRT dan KTM Komuter itu harus dilakukan polis sebagai langkah menghalang sebarang kejadian tidak diingini kelak. — Bernama


2 Responses

  1. ril says:

    SALAM,,SAYA ADA LETAK LINK AWAK DI BLOG SAYA,,SAYA DENGAN RENDAH DIRI
    INGIN MENCADANGKAN BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI
    http://kedaibajuborong.blogspot.com/

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps