"KALAU jumpa Anwar, (Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."
Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.
Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.
Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.
"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.
"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.
Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India Kuala Lumpur pada Sabtu.
Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.
Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.
"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.
Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.
- UtusanMalaysia
Komen GPB
Orang kalau dah marah dan dizalimi , dia tidak kira sapa walaupun dia tu Ketua Pembangkang . GPB sokong sangat Makcik Kamariya nak tumbuk Anwar kalau dia jumpa .
Siapa nak tanggung kos katering kenduri yang berjumlah RM 45 ribu yang beliau rugi gara-gara himpunan Bersih telah mengakibatkan tetamunya tidak dapat hadir ?
Bukan saja tumbuk , mau pi ludah saja manusia petualang seperti Anwar ini . Dia ingat negara ini mak bapak dia & Ambiga punya ka ... rakyat Malaysia majoriti juga ada hak ...jangan ingat dengan 10 ribu turun Bersih sudah boleh cakap ini suara rakyat ke semuanya ..
Anwar kalau kena tumbuk ...confirm pakai lagi neck di leher dan tuduh ini upahan UMNO ...haha













Doa org2 yang terainaya akan di makbulkan tuhan. Makcik, doakan sahaja Anwar BErahim kalah terok dan masuk penjara terus....
Alhamdulillah pn. kamariya tidak tenggelam punca membiarkan makanan jd basi tapi dia & keluarga SEDEKAHKAN kpd semua jiran2 yg ada...
BAYANGKAN WAHAI PENCACAI2 NWAR SEKIRANYA ANDA SEMUA BERADA DI TEMPAT PN. KAMARIYA..ADKAH ANDA AKAN REDHO???
patut lempang sj nwar tu bersilih ganti oleh siapa2 yg mengalami kerugian pd 9 july ari tu, biar senget mukanya yg memang dah tk dak seri tu!!
tumbuk jer makcik,,saya sokong,,biar betul2 dia pakai pendakap leher keramat dia tu...
Kalo orang yang teraniaya berdoa dengan penuh tawaduk. InsyaAllah Allah akan menunjukkan Kebesaran Nya..
jangan setakat tumbuk...picit telo tu..biar dirasa nye
picit telur jgn, die suke woo...haha~