Malek & Aaron Aziz julang filem KL Gangster untuk cipta rekod luar biasa

on Wednesday, July 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




ANTARA watak Malek menerusi filem KL Gangster dan drama Nora Elena sebagai Ahmad Seth Tan, memberikan dua dimensi berbeza penampilan Aaron Aziz pada khalayak.

Dalam filem arahan Syamsul Yusof itu, Aaron menghayati karakter samseng kembali ke pangkal jalan manakala Ahmad Seth lebih kepada lelaki berjiwa romantik yang jatuh cinta pada wanita.




Biarpun dua watak ini membawa perbezaan, hakikatnya Aaron berjaya menyerlah bakat diri dalam bidang lakonan. Jika Nora Elena disiarkan di TV3 sebelum ini berjaya meraih rating tinggi penonton, begitu juga KL Gangster mencatat kutipan tertinggi dengan RM11 juta.

Kejayaan luar biasa ini mencipta rekod filem Melayu terlaris ketika ini membuktikan filem tempatan masih mempunyai tempat di hati penonton.


Malah, pencapaian KL Gangster juga bukan saja menjadi kebanggaan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam sebaliknya tidak mustahil mengatakan faktor kejayaan filem ini didukung Aaron yang memberi tarikan penonton ke pawagam.



Aaron berkata, kejayaan KL Gangster turut memberi kejutan pada dirinya yang tidak menyangka filem Melayu masih mempunyai potensi meraih kutipan besar.

“Bagi saya, ini adalah kejayaan keseluruhan dikongsi semua pelakon termasuk kru yang terbabit dalam pembikinan filem ini. Setiap pelakon memberi kekuatan dan tarikan pada filem ini.

“Seperti lakonan Sofi Jikan dalam filem ini, walaupun dia tidak banyak adegan tetapi kehadirannya turut memberi impak kuat pada plot.

“Setiap usaha dilakukan sebenarnya hasil kerjasama berpasukan. Tidak semestinya, pelakon itu perlu menunjukkan lakonan melebihi pelakon lain.

“Bagi saya, semua pelakon sama rata. Kejayaan KL Gangster membuatkan saya bangga dan puas hati kerana saya dapat lihat ada penonton yang menyaksikan filem ini lebih daripada sekali.

“Ini bermakna, penonton berasa berbaloi dengan membeli tiket menyaksikan filem ini. Untuk kejayaan sesebuah filem, untung perkara lain tetapi apa yang penting adalah bekerja dengan jujur,” katanya tidak kisah dengan apa jua watak yang ditawarkan.

PROFIL


NAMA: Aaron Mustapha Aziz
NAMA KOMERSIAL: Aaron Aziz
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
USIA: 35 tahun
ASAL: Singapura
STATUS: Berkahwin
KERJAYA: Pelakon dan model iklan
FILEM: Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift 2, 2 Alam, KL Gangster, Datin Ghairah, Shh... Dia Datang, Ombak Rindu dan Norat.
DRAMA: Haryati 2, Sumaiyyah, Garisan Takdir, Penghujung Rindu, Janji Diana, Cinta Gila, Rahsia Hati, Tuah Kembali, Cinta Lelong, Kasih Tercipta, Nora Elena, Tahajud Cinta dan Stanza Cinta.


2 Responses

  1. nasarudin says:

    name sy nasarudin bin chek rus sy ni nk pelakon juga bleh tak sy jdi pelakon kl gangster2

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps