Lagi bahan letupan ditemui , pejabat UMNO di KL pulak jadi sasaran !

on Friday, July 8, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Memang merbahaya gila himpunan kotor BERshit ini  yang akan diadakan esok ..depa memang ada niat  nak huru-harakan ibu negara . Memang elok pun polis buat  sekatan di semua jalaraya menuju KL sejak 2 hari lalu .

Kali ini Menara UMNO dekat PWTC pulak bakal menjadi mangsa ... kalau macam ini lah kerja jahat mereka , rakyat patut sokong pihak berkuasa dalam mencegah dan menangkap juak2 Ambiga ini .



IPOH: Polis merampas beberapa kelengkapan dan peralatan membuat bahan letupan dipercayai untuk digunakan sebagai persediaan perhimpunan haram BERSIH esok.


Peralatan itu dirampas ketika polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah teksi yang dipandu seorang lelaki Kemboja berusia 41 tahun di pintu masuk plaza tol Tapah, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata hasil sekatan jalan raya Ops Padam BERSIH yang dilakukan polis menemukan empat guni disyaki simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama Borax Decahhydrate mengandungi serbuk putih.


"Turut ditemui satu guni berisi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg mengandungi pasir dan satu tong mengandungi cecair dipercayai asid," katanya pada sidang akhbar di sini, pagi ini.


Dalam kes berasingan, polis turut menemukan 21 botol air mineral berisi petrol dan sumbu di perkuburan Cina, Sitiawan beserta nota bertulis tulisan Cina,


 'Bos, order sume 20 nak buang ke pejabat UMNO'.



Berita Harian Online 


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps