Polis telah memperolehi perintah mahkamah menghalang 91 orang daripada memasuki/berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 6 petang pada 9 Julai ini.
Jika sekiranya melanggar perintah mahkamah tersebut mereka akan ditangkap serta merta, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.
Perintah mahkamah itu merangkumi pemimpin Bersih, Perkasa dan Pemuda UMNO.
Dipercayai ia bertujuan bagi menghalang mereka menyertai mana-mana perhimpunan haram di Kuala Lumpur.
Amar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
"Mereka boleh ditahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak mematuhi perintah mahkamah yang boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam sidang media di IPKKL, Khamis.
Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.
Manakala 14 orang daripada Perkasa pula termasuk Presidennya, Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya iaitu Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.
Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin Pemuda Umno yang merancang menganjurkan perhimpunan Patriot termasuk ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Selain itu, perintah mahkamah juga diperolehi untuk menutup sebanyakmungkin bagi mengelakkan sebarang pihak mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.
Manakala untuk orang pulak, anda “sangat tidak digalakkan” berada di ibu negara Sabtu ini.
Agendadaily juga difahamkan, operasi bas di hentian Puduraya serta Hentian Putra dipindahkan ke Bandar Tasik Selatan dari jam 8 pagi hingga empat petang hari berkenaan.-7/7/2011





