Kah kah kah ... yang ini satu lagi lawak oleh puak-puak kerajaan chauvinis DAP . Mereka cakap rakyat dan orang ramai dikelirukan oleh sms palsu supaya pi minta duit belanja RM 200 dan kemeja T Bersih daripada pemimpin PR .
Orang ramai ke penyokong Pakatan yang terima sms ini ?
Awat aku dok di PP tak dapat sms ini ..ye la mungkin hardcore anti BERSIH ....hahaha
SMS ini sebenarnya dihantar di antara geng depa saja sebabnya buat apa nak dihantar ke orang yang tak mahu pi himpunan haram itu .
Kalau sms itu dihantar kepada orang UMNO P.Pinang , Brader Ghani Jiman atau geng Perkasa dan suruh pi amik duit RM 200 sikit ..celah gigi sikit pun depa tak kelapaq nak pi minta sedekah di rumah-rumah YB DAP ini !
Jadi , cerita duit belanja RM 200 ini hanya lah helah mereka untuk menyalahkan pihak lain . Yang akan pi kutip duit ini pun hanya lah geng penyokong dan ahli parti mereka saja bukannya rakyat ! Ini semua masalah dalaman dikalang penyokong mereka bukan rakyat pun .
Rakyat sebenarnya tak kelapaq pun pi himpunan kotor menjilat Ambiga ini !
GEORGETOWN - Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah menawarkan ‘duit belanja’ RM200 dan sehelai kemeja T Bersih kepada orang ramai yang mahu menyertai Perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu ini seperti yang dimaklumkan pihak tidak bertanggungjawab melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan pihak itu yang mengedarkan SMS palsu kepada orang ramai supaya mendapatkan duit belanja dan kemeja T itu daripada beberapa pemimpin PR di negeri ini sedangkan PR tidak pernah menawarkan apa-apa kepada penyokong Bersih.
Guan Eng menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan untuk memburukkan imej PR selain cuba mengelirukan orang ramai.
Menurutnya, antara kandungan SMS yang diedarkan itu ialah ‘jom kita dapatkan duit belanja RM200 dan t-shirt Bersih untuk dipakai dalam perhimpunan Bersih di KL. Dapatkan dari YB Malik Kasim (Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung) di alamat rumahnya mulai jam 6 petang ini. Hebahkan kepada saudara-saudara kita’.
“Bukan sahaja Malik yang menerima SMS berkenaan malah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh dan beberapa lagi pemimpin PR juga menjadi mangsa.
“Semua SMS ini adalah fitnah, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu hanya mahu memberikan gambaran kepada orang ramai bahawa kami gunakan wang untuk membeli orang ramai untuk menyertai Bersih, tetapi sebenarnya SMS itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sementara itu, Boon Poh berkata, rumahnya yang terletak di Bagan Ajam, Butterworth didatangi beberapa individu yang tidak dikenali yang mahu menuntut duit belanja dan kemeja T itu.
Menurutnya, akibat SMS palsu itu menyebabkan kehidupan keluarganya terancam dan terganggu.
“Setakat ini seramai lima orang telah datang untuk menuntut apa yang dijanjikan dalam SMS tersebut,” katanya.
Terdahulu, Guan Eng berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh ADUN Batu Maung, Abdul Malik Kassim di Balai Polis Jalan Patani di sini petang kelmarin dan berharap pihak polis dapat menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.





