Guan Eng memang pemimpin rasis penuh hipokrit !

on Monday, July 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Kenyataan Lim Guan Eng yang mengutuk perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kelmarin jelas membuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersikap dwistandard dan hipokrit.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Nor berkata, ini kerana pada masa yang sama, Guan Eng bertindak menyokong perhimpunan haram Bersih yang akan diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini.

‘Hari ini, beliau mengutuk protes di Pulau Pinang kelmarin, tetapi boleh pula menyokong perhimpunan haram Bersih. Ini bukti beliau bersikap hipokrit.

‘‘Sikap seperti ini dan kebanyakan pemimpin pembangkang adalah berdasarkan kepentingan mereka dan bukan berasaskan prinsip moral.

‘‘Kes akhlak, liwat, zina, hak asasi manusia dan jenayah rasuah akan ditutup dan dilindungi sekiranya membabitkan kepentingan parti atau pemimpin mereka,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ezam berkata, sikap Guan Eng yang mengutuk protes di negeri pimpinannya adalah semata-mata untuk menutup ‘pekung di dadanya’ yang dikatakan sebagai pemimpin rasis.

Beliau menjelaskan, kehadirannya menyertai protes di Pulau Pinang adalah untuk memberikan sokongan kepada rakyat di negeri itu dalam menentang fahaman rasis di negara ini.

‘Kita punya cukup bukti Guan Eng adalah pemimpin rasis. Kita juga mengulangi gesaan supaya beliau letak jawatan kerana rasis adalah perbuatan khianat kepada asas negara. Justeru, protes di Pulau Pinang perlu diteruskan,’’ katanya.





One Response

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps