Gambar Lisa Surihani masuk Askar Wataniah

on Wednesday, July 6, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pelakon Lisa Surihani (tiga dari kanan) turut terlibat dalam sesi latihan pertama Platun Seni Askar Wataniah 
yang diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


Platun Seni Askar Wataniah yang dianggotai artis-artis tempatan berpeluang mengikuti rombongan ke Lubnan pada akhir bulan depan untuk memberi semangat kepada pasukan pengaman di negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran seperti ini merupakan permulaan yang baik kepada platun-platun seni itu yang dapat menarik minat bukan sahaja anak seni yang lain tetapi kaum India dan Cina menyertai Askar Wataniah.

"Saya akan bawa sebahagian daripada mereka berbuka puasa dengan keluarga, pegawai dan anggota di Lubnan nanti. Saya juga akan bersama-sama mereka dalam bulan puasa ini untuk pergi ke kem tentera darat, laut dan udara untuk promosikan rejimen mereka kepada ketiga-tiga pasukan keselamatan angkatan tentera ini," katanya selepas merasmikan latihan ketenteraan Askar Wataniah (Platun Seni) di Rejimen 515 di sini Isnin.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Udara Tan Sri Rodzali Daud.
Seramai 22 artis tempatan termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza terlibat dalam sesi latihan pertama itu Isnin.

Ahmad Zahid dalam pada itu menghargai usaha platun media Askar Wataniah itu, terutamanya Siti Nurhaliza dan penyanyi Ana Raffali yang telah mempromosikan Askar Wataniah ini di sekolah-sekolah lama mereka dengan mengenakan uniform Askar Wataniah untuk acara perbarisan pasukan kadet sekolah.

Beliau berkata sambutan yang diterima daripada artis-artis tempatan untuk menyertai Askar Wataniah juga amat menggalakkan apabila sehingga kini terdapat 300 orang yang sedang menunggu giliran untuk menyertai platun seni itu.

"Saya juga berbangga apabila suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam akan menyertai Askar Wataniah Kehormat," katanya.- BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.