AIDCNews – 01/07/11 – Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas, Bayan Baru meluahkan rasa terkejutnya apabila menyaksikan dengan matanya, bekas bos dan sahabat rapatnya selama 30 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercium dengan teman wanita Paul Wolfowitz, Shaha Ali Riza.
Kejadian itu berlaku sebelum tahun 2007, ketika Zahrain menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang bersama-sama Anwar di Bahrain.
oleh : AIDC
Ketika itu, Anwar berkunjung ke Bahrain kerana menghadari mesyuarat Foundation for the Future, sebuah organisasi demokrasi tajaan Amerika Syarikat untuk Timur Tengah yang dipengerusikannya.
Apabila Shaha Riza sampai ke hotel itu, Zahrain, bangun untuk menghormatinya dan bersalam dengannya. Namun, Anwar melakukan sesuatu yang di luar jangkaan Zahrain, iaitu mencium teman wanita zionis itu.
Menurutnya, beliau terkejut dengan perbuatan Anwar itu, kerana dianggap melanggar norma-norma ketimuran, sebagai pemimpin Melayu Islam, apatah lagi latar belakangnya sebagai bekas Presiden ABIM.
Ikutilah wawacara AIDC bahagian terakhir dengan Ahli Parlimen Bebas, Bayan Baru itu di di bangunan parlimen, 23 Jun.
AIDC : Saya tengok di youtube, Datuk kata, Anwar pernah bercium dengan teman wanita Paul Wolfowitz ?
YB Datuk Seri Zahrain : Depan mata saya. Saya tengok sebab hari tu, dia (Anwar) hadir mesyuarat Foundation For the Future (FFF) di Bahrain.
Saya ada program lain (di Bahrain), tapi dia ada sama pada masa tu, (saya) dapat bersama dia. Kita makan dinner dan sebagainya.
Tapi, pada satu perjumpaan itu, datangnya…
Di hotel ?
Di hotel. Tepi laut. Lupa apa nama hotel tu.
Kemudian, datangnya Shaha Riza. Saya kenal lah (Shaha Riza) sebab saya pernah tengok (gambar) Shaha Riza dalam surat khabar.
Dia ni teman wanita Paul Wolfowitz, kepala Yahudi yang masuk perang Iraq tu.
Bila Shaha Riza datang, saya biasalah, bangun, hormat..salamlah.
Tapi, Anwar tak salam, (tapi dia) cium.. saya terkejutlah.
Kalau orang gambarkan (Anwar) sebagai pemimpin Islam, boleh khutbah di masjid, boleh bagi syarahan-syarahan agama dan mengetahui hal-ehwal agama Islam, yang cium perempuan (teman wanita) Yahudi ni pasai apa?
Kalau shake hand (bersalam) saya boleh terimalah. Saya anggap itu biasalah kan. Tapi, bila mai (bab) cium ni, jadi luar biasa lah.
Kalau boleh cium tu (maknanya) ada satu perhubungan yang erat antara dia dengan Shaha Riza dan juga Paul Wolfowitz, kepala Yahudi yang merosakkan Iraq ni.
Saya terkejut lah Anwar tak lakukan di Malaysia?
Yang saya tahu di sini, bila berkhutbah di masjid, bila beri syarahan, beri ceramah, dia bantai Yahudi, hentam Yahudi. Dia kata Yahudi ni musuhlah, macam-macamlah..jahat.
Tapi, bila jumpa orang macam teman wanita Paul Wolfowitz, dia cium, ini saya rasa, tak betul lah. (Bagi Anwar) Ala biasalah. So, bagi dia not big deal, tak ada masalah.
Saya pun terkejut masa tu. Tak menjangkakan Anwar boleh buat sampai ke tahap itu kerana dia bekas Presiden ABIM ?Ya. Bekas Presiden ABIM, dianggap ulama dan sebagainya
Apa maksud Anwar buat begitu ? Adakah hendak menunjukkan yang Anwar seorang liberal dan menangkis imej Islamik?
Sebenarnya Shaha Riza ni.. dulu dia kerja dengan Bank Dunia, kalau tak silap saya. Bila Anwar jadi Pengerusi FFF, Shaha Riza dipindahkan ke FFF.
Yang ni, saya rasa jadi isu, sebab mereka anggap ini arahan daripada Paul Wolfowitz yang mahu letak Shaha Riza ke FFF.
Dan bila Paul Wolfowitz boleh letak teman wanita (ke FFF) dan Anwar boleh setuju, ini bermakna Anwar tak ada pendirian. Dia ikut saja cakap kepala orang Yahudi ni.
Bagi saya, FFF ni (sebagai) satu kelab yang mana Anwar boleh berlakon, tunjuk dan mempersembahkan pembohongan dia kepada puak-puak Yahudi, puak Barat (supaya) terima dia sebagai pemimpin yang hebat.
Sebab itu dia sanggup cium Shaha Riza ni. Itulah kesimpulan saya.
Pada masa itu, kita anggap dia (Anwar) seorang pemimpin Islam yang boleh merapatkan dunia Islam dengan Barat. (Itu) Cara dia potret diri dia.
Hari ini, kita tahu bahawa dia guna FFF tu untuk memperkukuhkan kedudukan dia. Untuk menggambarkan bahawa dia seorang pemimpin di Malaysia yang boleh bersengkokol dengan Barat dan Yahudi.Bermakna, dia duduk di FFF, bukan (sebab) dia cerdik sangat tentang dunia.
Oleh sebab itu, bila dia pergi Amerika, dia dapat layanan hebat oleh pihak-pihak Yahudi, pihak media dan sebagainya, sebab dia dianggap sebagai pemimpin Islam, pemimpin Malaysia yang boleh bersengkokol dengan agenda Yahudi dan Amerika.Sekarang baru kita nampak benda ini semua.





