BERSIH 2.0 : DAP tukang promosi , PAS dan PKR yang jadi balaci di 9 Julai

on Monday, July 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Semalam ada lagi pemimpin pembangkang ditangkap kerana mempromosi dan mengedar risalah tentang BERSIH . Kali ini  yang kena cekup adalah  Ahli Parlimen  DAP  di Bakri, Er Teck Hwa dan lima anggota parti itu ditahan oleh polis hari ini kerana dipercayai mempromosi perhimpunan haram 9 Julai ini.



Kesemua mereka ditahan pada pukul 9.40 pagi di Pasar Awam, Taman Sri Tebrau, di sini ketika mengadakan kempen kebersihan gotong-royong sambil mengedarkan risalah antara lain tertera ‘Membersihkan sampah-sarap negara’.Kumpulan itu memakai baju-T berwarna kuning dengan perkataan ‘Negara BERSIH Rakyat Bertuah’ serta gambar penyapu dan penyodok.

Turut tertera dalam risalah itu ialah ‘aktiviti ini tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai jam 2 petang di KL’ dan mengajak orang ramai membersih rumah dengan semua perkataan bersih dicetak dengan huruf besar.Kes ini akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

Apa yang GPB lihat parti chauvinis  DAP  ini  hanya berkempen & promosi BERSIH  ini manakala yang akan jadi balaci di himpunan  9 Julai  itu nanti adalah puak-puak Melayu  PAS dan PKR .

Betap liciknya  DAP ini  ...depa hanya sokong dan  promosi sahaja tetapi yang akan berdepan FRU, water cannon ,  ditangkap adalah Melayu PAS dan PKR ... 

Selamat berjuang buat penjilat2 Ambiga dan DAP !


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps