Mengapa Ambiga tetapi degil juga hendak buat himpunam BERSHIT ini walaupun di stadium ? Sebab duit dan dana sudah disapu oleh mereka . Itu yang beliau begitu keras kepala dan tahan maki sebab semua sudah masyuk dan jadi balacinya adalah juak PAS .
Jadi , walau apa cara pun , mereka kena buat juga himpunan pada 9 Julai ini walaupun di stadium .
Sebelum ini, Polis dikatakan akan menyiasat dakwaan mengenai sebuah bank tempatan yang dikesan digunakan oleh penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai, Datuk S Ambiga, untuk menerima dana daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis akan bekerjasama dengan Bank Negara bagi menyiasat perkara itu.
Sebelum itu, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa akaun bank tersebut yang sudah menerima ratusan ribu dana asing dan adalah satu daripada lima akaun yang dimiliki pengerusi demonstrasi haram itu yang dirancang pada 9 Julai ini.
Menurut laporan itu lagi, bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga dan NGO asing untuk menjayakan hasrat menghuru-harakan Malaysia kerana sebahagian saham bank itu dimiliki oleh seorang pemimpin pembangkang.





