Wardina sendiri cari masalah , lepas itu salahkan orang blogger !

on Thursday, June 30, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments



Wardina Safiyyah sebenarnya bukanlah nama yang asing. Walaupun lakonannya tidaklah secemerlang mana, tetapi sebagai pengacara TV3, apatah lagi wajahnya kerap muncul dalam iklan televisyen, menjadikan dia adalah antara selebriti yang mempunyai tempat tersendiri dalam industri hiburan.

Sudah beberapa kali sebenarnya Wardina Safiyyah muncul dengan isu kontroversi. Dan sebelum ini, walaupun Wardina Safiyyah dilihat bersama-sama Nik Abdul Aziz mahupun kepimpinan PAS, kebanyakan blogger tidak memberikan perhatian sangat kerana seperti yang diperkatakan, para pemimpin PAS termasuklah Nik Abdul Aziz bukanlah musuh yang wajar dibenci, sebaliknya mereka hanya ‘ditegur’ dan adakalanya lebih banyak bersifat ‘disakat’.

Namun apabila Wardina Safiyyah memilih untuk muncul bersama Nik Nazmi dan kepimpinan PKR, dia sebenarnya telah melakukan satu kesilapan paling besar. Kebanyakan blogger pro-UMNO sebenarnya tidak boleh menerima langsung mana-mana pemimpin PKR walaupun mereka cuba menunjuk baik atau cuba jadi malaikat.

Di situlah kelemahan Wardina Safiyyah. Satu perkara yang mungkin Wardina Safiyyah kurang mencermati ialah, majikannya adalah Media Prima Berhad. ‘Majikan’ Media Prima Berhad pula adalah UMNO yang memiliki saham terbanyak dalam konglomerat media itu. Secara tidak langsung, Wardina sebenarnya adalah kakitangan UMNO.

Walaupun diberikan kebebasan dan tidak terlalu menonjol sokongan kepada pihak yang diminati, Wardina Safiyyah seharusnya lebih berhati-hati dalam hal ini. Mengatakan bahawa dia bukanlah orang biadap yang akan menolak bertemu dengan Azmin Ali sebenarnya tidak cukup untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang tuduhan dan syak wasangka. Dan mengatakan Nik Nazmi telah MEMPERDAYAKANNYA dengan membawa dia bertemu dengan Azmin Ali juga, tidak cukup untuk menunjukkan dia tidak ‘bersalah’ dalam hal ini.

Sebagai seorang selebriti dan tumpuan ramai, sudah tentulah lensa-lensa kamera akan terarah kepadanya. Apatah lagi jikalau Wardina Safiyyah berada di kalangan manusia yang paling dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia. Sebarang pertemuan mesra, pastinya akan mewujudkan persepsi, Wardina Safiyyah adalah penyokong Azmin Ali, kalau tidak pun Pakatan Rakyat.

Dan ditambah pula dengan kehangatan BERSIH 2.0 yang didokong oleh Azmin Ali dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat, Wardina sekadar menempah malang yang tidak berkesudahan sekiranya tidak benar-benar membersihkan dirinya daripada palitan noda dan dosa ini.

Penulis sebenarnya tidak menyalahkan Wardina Safiyyah. Mungkin dia memikirkan sebagai seorang selebriti apatah lagi ada permintaan ke atas dirinya, Wardina Safiyyah tampil dalam majlis yang disertai oleh kawan baiknya, Nik Nazmi. 

Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti yang bertanggungjawab, Wardina Safiyyah tentu sekali perlu MEMBUAT SARINGAN yang lebih ketat dan menjangkakan berita apa yang akan keluar tentang dirinya.

Justeru apabila Wardina Safiyyah membuat keputusan untuk ‘bercuti’ selama dua bulan dalam satu sidang media dengan wajah tertekan, sebenarnya ia tidak akan mengurangkan kemelut yang sedang dihadapinya, kecuali dia benar-benar bercuti dan membetulkan semula persepsi buruk yang sedang dihadapinya.

Kecualilah kalau Wardina Safiyyah benar-benar berminat dengan Pakatan Rakyat !

sumber : rongtongdaily


10 Responses

  1. Anonymous says:

    Pelakon ne apalah nak dihairankan,buat lain cakap lain,tapi yang paling menghairankan Anuar Aljuburi nak kata pelakon pun tidak tapi dia cukup pandai berlakon hinggakan HJ.Hadi bolih kata video sek tu besi & Nik Ajis suruh jilat kaki Anuar untuk masuk shurga jika kita tuduh Anuar yang tibai pantat china dol tu.

  2. Anonymous says:

    Sekat dia dari muncul di TV... dia adalah pengkhianat Watan...Dia Tidak Tahu Bazakan Baik Dan Jahat..

  3. Anonymous says:

    Demokrasi kah negara ini klau rakyat di paksa utk menyokong kerajaan yang telus dan ikhlas? Dimanakah sikap kemanusian rakyat malaysia dengan terus membenci artis yang menyokong parti yg dipilihnya. Is this free country or comunis country? If we look other countries for example USA, Britain their people free to choose even their celebrities free to support mana2 party xkire la kerajaan or opponent. Wake up all of u mcm katak bwh tempurung

  4. Anonymous says:

    Tabik spring kt umno. walaupun wardina safiyah nmpak sangat suka berjumpa dgn puak2 pembangkang, tetapi umno tetap bagi dia makan, walaupun nampak agak jelas wardina seperti ANJING YANG MENGGIGIT TUANNYA YANG MENGHULURKAN MAKANAN. wardina ternyata jenis manusia yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih, mintak makan pada orang lain tetapi kenduri makan dengan orang lain yang ternyata musuh orang yang beri makan pada dia. Saya katakan begini kerana SAYA ADALAH BEKAS AKTIVIS PAS. Bila saya mengkritik PAS setelah saya buat kajian bahawa PAS bukanlah wadah untuk saya ke syurga, tiba-tiba semua kawan2 saya di dalam PAS MEMINGGIRKAN saya sehingga saya tidak mempunyai seorang kawan pun! Kerana pada masa itu, kawan2 saya hanyalah ahli PAS disebabkan saya ini penyokong tegar PAS! Akhirnya, saya mengambil keputusan keluar dari PAS dan menjadi rakyat biasa Malaysia.

  5. anon 12.31

    Budaya PAS memang mcm tu sdr ..kritik PAS ibarat berdosa kepada parti dan tidak seperti UMNO.

    syabas sdr yg membuat keputusan tepat keluar dari PAS . Walaupun sdr tidak menjadi ahli UMNO , tetapi jadi rakyat biasa lebih baik dari jd penganut PAS.

  6. cik kelisa says:

    to anon 2:24am. kerajaan tak pernah paksa saper2 sokong kerajaan pun. kalau dipaksa, apa gunanya buat pilihanraya.ikut suka lah awak atau wardina tu nak sokong sapa.tapi soalnya kenapa wardina tu macam takot2 je nak ngaku. tu je. ngaku macam bob lokman tu kan senang. relek je dia.

  7. Laiyyinul says:

    dahsyatnya org UMNO ni..mcm mnala boleh ska2 hati ckp org tak boleh beza baik dan jahat..mst stiap org ad cara trsndiri utk mnilai..dah knfm2 plihan korg tu baik ke..huhu, wallahualam bissawwab..- hidup krn Allah! :)

  8. Anonymous says:

    apa2 la korang dok kutuk2..biarla artis tu nk memilih pas ke umno..kate kita ni negra demokrasi...apala....x da otak ka...aku bangga duduk kt selangor tau dpt air free...kalu dulu bukan stakat free lg dinaikkan bayaran air ada la...semua tu masuk poket org2 atas...ada masuk poket korang....byk rasuah jer...sape ckp kalu masuk pas syurga...ada ke party pas ckp mcm tu...ke propaganda korang jer....org masuk syurga tgk pada sikap kita d i dunia...melakukan apa yg disuruh olehNYA dan meningallkn apa yg dilarang....

  9. Anonymous says:

    kalau macam ni lah komen dari org2 pro umno, jelaslah orang umno memang sengal dan berfikiran sempit!

    kalau seorang rakyat nak sokong dua2 pihak pun salah ke? ade je perbuatan org umno yg betul n baik, ade juga perbuatan org pembangkang yg betul dan baik. mane ade dalam dunia ni sesuatu pihak tu salah semua!

    bengap gila org umno kalau menuduh dan menghalang seorang rakyat tu nak sokong mana2 pendapat dari sesuatu pihak! itu kuku besi namanya! tentulah ada sebab kenapa wardina masih kerja di tv3 tu! bnyk je impak yg baik, contohnya dia bawa imej bertudung di tv3 kan sesuatu yg baik, nape org umno nk bersangka buruk pada sesuatu tindakan yg baik? pemikiran sempit btul!

  10. Mereka2 yang gemar hadir dlm mjlis2 ilmu (esp agama)adalah terdiri dari insan2 yang dipilih oleh Allah swt. Insan yg x suka dgn mjlis2 ilmu akan berfikir, bercakap & berwatak mengikut naluri & nafsu. Golongan mana kah agaknya yg sering mengimarahkan mesjid, surau & majlis2 ta'lim ? Pemimpin adalah ikon rakyat. Martabat & amalkanlah nilai2 keislaman yg syumul itu dlm diri kita. INSYA ALLAH MELAYU AKAN BERSATU sbb Melayu tu Islam (di Malaysia)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.