Ustaz Kazim jawab tentang sumpah & hukum Islam tentang zina

on Friday, June 10, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Sumpah dipermain dan diperlekehkan semata mata untuk menyelamatkan si pelaku yang punyai kepentingan kepada mereka.Jika terkena pada batang hidung sendiri akan diperbolehkan dengan mengunakan dalil dan ayat quran sekerat sekerat.

Adakah video ini satu lagi fitnah dan konspirasi terhadap si pelaku?  Penerangan yang jelas dan mudah difahami mengenai sumpah.

“Sumpah yang terbit dari hati terpakai. Bila dia sebut wallahi, wabillahi, wattalahi, sumpahnya terpakai”, kata Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz, Pengerusi Pusat Pendidikan Al Baraqah, Perak.


Menurutnya sumpah itu sah walaupun pelafaznya memegang Al Quran, kerana syarat sahnya adalah lafaznya yang bersaksikan dengan kalimah Allah.

“Pegang air mineral pun sah. Jangan dok nampak dia pegang Al Quran. Yang tak sah adalah semata-mata pegang Al Quran.

“Saya bersumpah demi Al Quran saya tak buat. Itu tak terpakai. Tetapi kalau saya pegang Al Quran dan melafazkan wallahi, wabillahi, wattalahi. Maka Lafaz itulah yang dipakai”,katanya.


Ustaz Mohammad Kazim juga turut menyentuh hukum Islam yang berkaitan dengan zina yang terbahagi kepada tiga kaedah iaitu ikrar (pegakuan dari pelaku), 4 orang saksi dan qarinah (pembuktian lain).


Untuk kesalahan zina melalui ikrar dan 4 orang saksi dihukum hudud, manakala melalui pembuktian qarinah dihukum ta’zir.





“Pertuduhan zina ada tiga (kaedah)..barulah boleh jatuh (hukum) sama ada nak kena hudud atau ta’zir. Pertama ada ikrar (pengakuan). Bila mengaku berzina, dia kena hudud.


Kedua. Hendaklah dikemukakan empat orang saksi. Yang adil, yang tidak fasiq, yang nampak sungguh-sungguh perlakuan zina itu berlaku.


“Ketiga, seandainya tidak ada 4 saksi, ia datang dari segi qarinah (pembuktian lain). Qarinah adalah pembuktian yang tidak ada 4 saksi. Tetapi tidak boleh dihukum di bawah undang-undang hudud, (sebaliknya) dihukum di bawah undang takzir”, katanya.

Hukuman hudud bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Manakala penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.


Hukuman bagi kesalahan ta’zir pula terbahagi kepada 10 jenis bergantung kepada seriusnya perlakuan tersebut iaitu;


Pertama; Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.


Kedua; Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.


Ketiga; Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman


Keempat; Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.


Kelima; Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.


Keenam; hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.


Ketujuh; Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.


Kelapan; Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut realiti semasa


Kesembilan; Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.


Kesepuluh; Hukuman buang daerah dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.


Sila tonton sepenuhnya pandangan Ustaz Mohammad Kazim Elias Al Hafiz dalam rakaman youtube yang diterbitkan oleh channel reformis007. - AIDC


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Dalam konteks umum apa yg diperkatakan tu betul. Tapi dalam konteks semasa di Malaysia khasnya dgn kes tuduhan2 terhadap DSAI, apa yg diperkatakan boleh disalah tafsir dan saya tertanya apakah motif ustaz mengupas isu sumpah sebegitu rupa.

  2. Anonymous says:

    puas aku cari latarbelakang pendidikan ustaz Kazim....tak jumpa pun....dia belajar dimana???

  3. Anonymous says:

    paham la betul2..die ckp,,kalau pegang apa2 sekalipon lafaznya tetap SAH!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps