Ustaz Kazim Elias telah dipecat oleh PAS gara-gara hentam Anwar

on Friday, June 10, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 36 Comments







PB baru dapat tahu bahawa Ustaz Kazim Elias yang popular di You Tube ini sebenarnya ahli PAS di Perak  . Tetapi itu dulu kerana beliau sekarang  telah dipecat oleh PAS semasa Muktamar lepas .


Ini berikutan tindakan beliau yang dilihat tidak selari dengan perjuangan PAS bersama PKR dan DAP  . Dalam isu penggunaaan nama Allah oleh agama Kristian , beliau merupakan antara pihak yang menentang keras penggunaan ini sedangkan pimpinan PAS pulak membenarkan demi meraih undi bukan Islam . 


Selain itu dalam isu skandal video  Anwar dan sumpah juga dilihat kenyataannya tidak boleh mempengaruhi pemikiran orang PAS. 


Kalau PAS tidak mahu guna khidmat beliau di ceramah2 mereka, kini Ustaz Kazim sudah menjadi ahli panel jemputan di Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 pun baru-baru ini.   


Harap ramai lagi lah Ustaz2 PAS yang tak senada dan selari  dengan cakap DAP akan terus dipecat PAS ..




Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011. Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :


1 - Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.


2 - Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS.


Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat.


Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.


Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.


Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.


Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.


36 Responses

  1. matpanah says:

    Itulah demokrasi cara PAS. Hanya kerana kawan tu menghentam (baca: kritik) parti, dah kena tendang.

    Dalam UMNO, kritikan dari dalam cukup banyak, kadang-kadang cukup keras dan cukup pedas. Tapi mereka tak pun dipecat. Ada yang bukan setakat kekal keahliannya, malah kekal menjadi orang besar.

    Jadi siapa sebenarnya lebih demokratik?

  2. SELEPAS NI HARUN DIN DAN HARUN TAIB AKAN DIKENAKAN TINDAKAN. DALAM PAS SIAPA SAHAJA YANG BERCAKAP TENTANG KEBENARAN DIANGGAP SEBAGAI DURI DALAM DAGING !

    DURI DALAM DAGING NI AZIZ !

  3. PAS depa wala' hanya kpd Anwar dan DAP ....jika sesiapa sentuh saja mereka ini akan terus dipecat oleh PAS kerana menjadi pengkhianat kepada parti .

  4. Anonymous says:

    habis, kalau PAS memerintah malaysia, ulama x senada dan sehaluan dgn depa akan dicantas walaupun mereka menegur dan memperingati tanpa kepentingan demi menegakkan kebenaran, peringatilah sejarah silam kerajaan Islam yang tumbang gara2 musuh dalam selimut, api dalam sekam, gunting dalam lipatan akibat mabuk kuasa hasil tusukan jarum musyrikin, dalam konteks ini berhati2lah dgn dajal PR yg memecah belahkan kesatuan umat.

  5. Anonymous says:

    Melayu Islam MIskin Didunia dan akhirat

  6. ROSAFID says:

    Saya Kata! Sungguh malang nasib ahli2 PAS yang cuba dan berani membenarkan apa yang benar dan menyalahkan apa yang salah. Mereka akan di anggap seperti penghianat olih rakan2 seperjuangan sendiri.Semoga ALLAH swt memberi taufik, petunjuk serta hidayah Nya kepada mereka semua kejalan perpaduan umat Melayu di negara yang tercinta ini.Kapada Ustaz Kazim, jangan bimbang dan risau sangatlah akan pemecatan tuan. Selama ini duduk dalam Pas, penat bersyarah tapi bak curah air atas daun keladi, tak nampak apa kesan pun. Teruskan dengan kerja2 mulia tuan. Inshayallah ALLAH swt pasti melihat akan segala kebaikan yang tuan lakukan demi mendahulukan ISLAM dalam segala hal. Wallahu'alam. Wassallam.

  7. Anonymous says:

    alahai pas sj la yg buruk yekkk...
    almarhum dato ishak baharom dipecat kerana melarang gadis melayu ISLAM masuk ratu cantik sapa punya kerjaaaaa?

  8. Khairil says:

    simpati dengan ustaz kazim..apa yang dia cakapkan dalam ceramah memang betul...

  9. Anonymous says:

    alhamdulillah ,dahulu ramai pemimpin pkr sudah bertaubat dan balik kepangkal jalan...sekarang ramai pemimpin pas pula sudah sedar dan insaf..

  10. anon 10:12

    Ishak baharom bukan melarang gadis melayu Islam masuk ratu cantik...hakikat sebenarnya ishak baharom and the geng membiarkan gadis itu menyertai ratu cantik dan kemudian menangkap dan menghukumnya.
    Sepatutnya pegawai2 ishak baharom menghalang hasrat gadis itu, kerana mereka sudah mendapat maklumat awal. Tetapi sebaliknya mereka biarkan dan sengaja menunhggu gadis itu menyertai pertandinagn dan menangkapnya.

    Itu bukan cara Islam...sebab itu YBHg Tun Mahathir menegur tindakan ishak baharom yg tidak berlandaskan ajaran Islam yang mementingkan pendidikan dan dakwah.

  11. Anonymous says:

    ana ada sms ust kazim.dia bgtau xde pulak terima surat pasal kena pecat.so betul ke mmg pas dah pecat beliau??

  12. asemalpg says:

    Buat anon 10:12,

    Mana yang lebih baik, mencegah atau menunggu sehingga seseorang tu buat maksiat kemudian tangkap dan hukum?

  13. askum jgn slhkan arwah ishak baharom pasal ratu cantik tu. walaupun kita ni anti pembangkang jangan jadi cam diorang. sejarah telah tertulis.mahathir pecat beliau sebab beliau menghalang peserta ratu cantik tu. tolong jgn sesekali bawa cerita palsu versi baru kepada orang yang x tahu. beliau sendiri telah cuba haramkan rokok di selangor itu sebabnya beliau dipecat dari jawatan mufti

    tolong jangan putarbelitkan fakta!!!!!!!!

  14. Anonymous says:

    wahai umat manusia.....
    sesungguhnya....
    diatasmu...
    dibawahmu...
    dihadapanmu...
    dibelakangmu...
    dikananmu...
    dikirimu...
    dan dimana jua...
    ALLAH yang maha pemegang segala kuasa sentiasa melihat kelibat kita.....

    cuba kita bayangkan dalam semasa kita saling menyalah,berbalah di dalam sebuah rumah...
    tiba-tiba dirinya yang mulia...muncul dihadapan pintu sambil tersenyum melihat gelagat kita ini...
    manakah sifat cinta kita kepada RASULULLAH S.A.W yang matinya hanya mengenangkan nasib umatnya...
    ADAKAH KITA DIGELAR SEORANG YANG HANYA BERPURA2 KEIMANANYA..INGATLAH....SETIAP APA GERAK GERI WALAUPUN SEHELAI RAMBUT KITA BERGERAK INGATLAH KEPADA ALLAH S.W.T.

  15. Anonymous says:

    memang patut kena tindakan kerama tidak rujuk pada majlis shura ulama badan tertinggi PAS.boleh merosakkan jamaah islam.Kalau betul2 BN nak laksanakan Islam dah lama dah 53 tahun memerintah yahudi APCO juga yang BN guna.mustahil BN akan laksana perundangan islam.BN tetap konsisten dengan perlembagaan peninggalan warisan penjajah.

  16. Anonymous says:

    Salam untuk semua.Saya ada mendgr vcd ustaz Kazim dan byk apa yg dia kata memang masuk akal.Kenapa mesti tunduk pd DAP yg sememangnya berpura baik dgn org Islam sedangkan mereka nak menjahanamkam kita.Lihat je anak bangsa yg jadi penagih sapa org MeLAYU yg menjual sapa ORg bangsa lain yg takkan jual dadah pd bangsanya sendiri.Bila lelaki Melayu dah ramai masuk serenti n otak tak leh pikir ingat undi mrk laku........LUPAKANLAH.Bangsa lain ada wawasan untuk menakluk Tanah Melayu dr org Melayu yg asyik dok bercerekau sesama sendiri dan d sorak2 oleh bangsa lain.Bayangkan kalau ekonomi negara di pegang org MElayu dan bukan bangsa lain.........mrk pasti sapa mereka sebelum ini.Hanya PENDATANG!Nama pun TAnah MElayu.PAS sepatutnya tidak ikut bersekongkol dgn org yg talam dua muka.Mcm Ambiga yg pernah menang dalam kes LINA JOY.........awak semua lupa ke??????Kita sebagai umat Muhammad sepatutnya kuat dari segi rohani ,ekonomi dan jasmani.YAKIN pada AllAH kita takkan kalah.Malangnya PAS sendiri tidak yakin dgn ALLAH lalu matlamat nak jadi negara ini negara ISlam dah tiada lagi........WAhai org2 kuat PAS fahamilah apa yg hendak d sampaikan oleh Ustaz Kazim jgn pandang dari untung dunia je.......untung akhirat perlu ada.Kerna ia tempat ABADI kita semua atau kamu tidak yakin kita akan ke sana lagi........Wassalam.

  17. Anonymous says:

    MEMANG KEBANYAKAN CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ KAZIM MEMANG TEPAT DAN MASUK AKAL. KEBANYAKAN ORANG YANG KURANG BERAKAL SAHAJA YANG TIDAK AKAN FAHAM. ULAMA DAN USTAZ SERTA ORANG ISLAM BANYAK DIDALAM PAS TAPI KENAPA NAK BERSATU DENGAN DAP, PKR DAN LAIN2 LAGI. KENAPA TIDAK MAHU BERSATU DENGAN UMNO SAHAJA. ISLAM SESAMA ISLAM AKAN JADIKAN KITA KUAT. BUAT APA LAH GADUH2. BUANG MASA DAN BERDOSA..

  18. Anonymous says:

    saya setuju juga..saya tidak menyokong mana2 parti, sbb disebabkan partilah umat islam berpecah belah..kenapa harus singkirkan ust kazim?apa yg diutarakan mmg masuk akal..pemimpin kita skang ni dah makin lemah akal kesan amalan politik yang makin hari makin jauh dr matlamat bangunkan negara dan masyarakat..apa yg ptg skang ni hanyalah undi..tak kira dah pkara lain..entahlah..sangat risau bila dah dicampur adukkan isu politik dan agama....jangan smpai ALLAH turunkan bala buat negara kita yag makin hr makin hanyut nii...nauzubillah..

  19. Anonymous says:

    Anonymous apa yang anda tulis menunjukkan anda tidak faham politik pas dan sejarah pas besama perikatan (umno sekarang)Sudah 54th apa umno lakukan adakah mereka menjalankan hukum Allah ? ingat apabila kita mati kelak Allah akan bertanya adakah usaha kita untuk melaksanakan hukumnya dan bukan sudahkah kita melaksanakan hukum Allah . Berjaya atau tidak itu urusan Allah.
    Ustaz Kazim samalah seperti Zulkifli Nordin bergerak secara solo dalam menegakkan islam ini akan mendatangkan kecelaruan kerana apa yang dilakukannya di anggap betul kerana tiada siapa boleh menegur.Untuk menegakkan Islam mestilah di dalam satu Jemaah.
    Berkenaan dengan kes murtad salah siapa Pas atau BN siapa yang berkuasa di dalam Parlimen ? Kenapa tidak di pinda undang-undang murtad ? Undang-undang yang ada sekarang sebenarnya memberi ruang yang luas kepada sesiapa sahaja yang ingin Murtad jadi fikir-fikirkanlah saudara

  20. Anonymous says:

    Apa yang dikata oleh Ust Kazim kalau di lihat dari ilmu orang umno yng cetek memang nampak macam betul tapi jauh panggang dari api..
    Umno terlalu jauh nak disamakan dengan PAS..tidak ada sekelumit langsung niat nak menegakkan ISlam yang sebenar..Kenapa sekarang nak hentam PAS bila PAS bekerjasama dengan DAP?? Kenapa waktu PAS keluarkan manifesto Menegakkan Negara Islam, UMNO tak sokong langsung malah menghina dan mencaci usaha PAS sedangkan UMNO menghina Islam setiap hari

  21. Anonymous says:

    ustaz ni banyak guna akal dia saja. kurang pengalaman. dengar ceramah dia kat u tube kalau orang x dapat fikir memang setuju. kalau saya ada kat situ boleh tanya terus...bukan nganga mulut. melayu kan malas berfikir.....sampai bila2.

  22. Anonymous says:

    yaa betull...ilmu org pas mmg hebat...suunnggguuhhhh....aku x tipu...summpaahhhhhhh....!!!!!!!

  23. Anonymous says:

    siapa yang kata ustaz kazim kurang pengalaman..maknanya dia ni mmg power la akal dia boleh dpt tau pengalaman seseorang 2..btul tak??hahaha...klu awk nk tnya soalan kt ustaz kazim..lain kali pegi la mana2 ceramah dia..pas 2 tnya la apa soalan yang awk x puas ati 2..ok..jgn tau ckp saja..

  24. Anonymous says:

    Syabas Ust Kazim . .Demi menegakkan Islam Ust telah membuat tindakan yang sewajarnya. . Politik hanya permainan dunia semata - mata. Sedarlah bahawa politik telah banyak membutakan ramai pihak. Kerana politik la umat Islam di negara kita berpecah belah . . Nak tunggu jadi mcm Palestin dan Iraq baru nak sedar. . pada masa tu dah terlambat . . pada masa tu PAS ke mana Umno ke mana PKR kemana sudah tiada ertinya pada ketika itu . .

  25. Anonymous says:

    Ade sape-sape nombor telefon Ustaz Kazim?
    Boleh hantarkan nombor kat saya. Nak jemput Ustaz Kazim ceramah :)

  26. Anonymous says:

    Tak kira UMNO,DAP,PKR,PAS or Apa jua dasar parti Didalam Malaysia ni Semua terjadi kerana angkara UMNO,UMNO lah menerima semua dasar Undang-undang dan Syarat dari Kafir Brutish.Singapura terlepas dari kita gara-gara UMNO.200ribu Murtad Sebab orang Melayu majoriti nya gagal mengikut amalan islam,sebab dasar memerintah ikutan dari Penjajah KAFIR British...

  27. Anonymous says:

    di kelantan pun x terjalan lg hukum Allah..dh 20 thn perintah..baru nk wat kajian..bile nak pilihanraya, mula la sibuk isu hudud, abis pilihanraya, negara kebajikan plak..tu pun x terlaksana..aku doakan UMNO disertai oleh bekas ustaz2, ulama2 dr PAS, dan btulkan UMNO dr dalam agar boleh laksanakan hukum Allah..bukan mcm PAS, sembang kosong..

  28. salam semua.. saya pernah bekerja di makkah dan bergaul disana apa yang saya dapati kita rakyat malaysia terlalu memandang rendah pada rakyat kita sendiri.. contohnya nik aziz mungkin ramai yang tak tahu bahawa nik aziz merupakan antara ulama ke 20 di dalam dunia yang berpengaruh. pengiktirafan ini bukan dibei oleh keadilan mahupun pas tetapi diangkat oleh sheik yusof qaradarwi.. bekas imam masjidil haram.. jadi renung2kanlah semua. kita yang jahil bab agama ni jangan terlalu obses dgn apa yang kita ada sekarang.. semua akan diadili kelak..

  29. Anonymous says:

    politik ni apa bg korg? bgaduh sana sni...hadoi... SILATURAHIM...apa maksudnye tuh? pham x? korg taw tanda orang2 yg kufur? ada lah org2 yg memutuskn silaturahim...xcye? bukak al-quran surah al- baqarah ayat 26-28 ada terangkn...jgn tafsir sndri ye...tnye ustaz ek...kerna blajar sndri akn dtemani syaitan sedangkan ilmuan Islam yg hebat2 dlm agama byk gurunya...klu xske ustaz pas...tnye ustaz bn...ada je mne2 kn...klu xcye dua2 pn boleh...tnye la ustaz kat U or skoll pondok yg ada kat Malaysia ni...kebnykkn mereka xsetuju dgn politik...tp stju dgn undang2 Islam...sbb apa? dalil n hadis bkn untuk d'amal mne yg kita suke sje...keseluruhannya adalah perintah Allah...slah satunya mngekalkn silaturahim antra kita ummah kita sesama Islam...korg tgk la prangai korg skunk...kate ustaz ni mcm ni la...mcm tu la...bangkitkn nama org yg da pergi...tanpa mngira aib...sedih asanya hati bila tgk umat Islam btengkar smpe mcm ni...ptotnya pemimpin2 kita tahu apa tngjawap mereka...bkn btengkar antara mereka...usrah itu perlu sesama PAS n BN...bangkitkn negara Islam...d akhirat nnt bkn tnye Malaysia ni popular xdi muka dunia ni...akn dpersoalkn tentg tngjawap yg dipikul sbg mukmin...korg xpenah pikir ke yg semua ptelinkahan ni wat yahudi dan nasrani gelak sebesar2nya...ak ske ayat perdana jaya niyh...semua akan diadili kelak...kita tgk lah pemimpin mana yg betul...xsilap ak...waktu di akhirat nnt...korg akn bsme pemimpin yg korg sanjung tuh...yelah...sabda Rasullullah S.A.W...kalu kita bsme dgn org yg mjual mnyak wangi maka wangi lah kita...kalu kita bsme dgn org yg betukang besi maka berbau besi lah kita...tlong bersatu...demi Islam...demi Allah...

  30. Anonymous says:

    Islam melayu raja

  31. Anonymous says:

    Syabas Ustaz Kazim. Teruskan dakwah demi kepentingan orang Islam. Jangan jadi macam Turki, hancur lebur orang Islam di sana - 98% orang Islam tetapi hanya 20% yang amalkan ajaran Islam.

  32. abang says:

    selagi nik aziz tak keluar selagi tu puak2 kelatan akanterus sokong parti boneka anwar(pas)..
    pas perlu tukar peminpin...tukar dgn org kedah ke org selangor kea...aku pasti ramai puak kelantan akan keluar pas...than ganti peminpin umno dgn puak kelatan..pasti org kelantan akan sanjung dan jilat2 umno....itu hakikat nya

  33. abang says:

    parti pas parti perkauman

  34. abang says:

    bila peminpin umno nak tukar ke org kelatan ..mungkin lepas tu br kelantan dapat ditawan

  35. Anonymous says:

    orng yang cerdik ialah orang yang sentiasa ingat pada mati..jangan asyik nak berpolitik sampai lupa pada mati...usia makin bertambah...carilah amalan yang boleh membantu kita di alam kubur & akhirat....islam itu indah

  36. Anonymous says:

    kerana sibuk nk berpolitik hbis pcah belah org melayu...bodoh punya org jenis mcm tu...

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps