Bila PB baca kenyataan bos No 1 UMNO P.Pinang terbaru dalam isu pilihanraya masjid ciptaan DAP , ini yang sebenarnya UMNO wajib buat dan kena buat .
Setakat memberi komen hentam DAP dan Malik Kassim dalam Utusan memang sudah jadi kebiasaan , tetapi dalam isu besar seperti pilihanraya masjid , UMNO perlu memainkan peranan lebih besar dari itu .
UMNO mempunyai segala kekuatan serta yang lebih penting hubungan baik dengan Istana dan Raja Melayu , jadi tidak salah bila Datuk Non mahu mengadap Yang Di Pertuan Agong wakili Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang untuk merayu perkenan Seri Paduka supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu.
Jadi, PB setuju dengan tindakan Datuk Non selalu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang dan semua pihak termasuk NGO-NGO Melayu dan Islam harus menyokong usaha ini kerana UMNO mewakili suara umat Islam di negeri ini yang tidak setuju dengan tindakan jahat DAP mahu pecahbelahkan umat Islam dengan adakan pilihanraya masjid .
Sekali lagi , UMNO menjadi batu penghalang utama DAP dalam usaha mereka menipu dan memperdayakan umat Islam di negeri ini . Selepas isu-isu panas sebelum ini seperti pembatalan perarakan Maulidul Rasul , wang judi, khutbah doa Guan Eng didedahkan , kini isu pilihanraya masjid pulak menjadi isu besar untuk umat Islam . DAP memang amalkan politik bangsat dan memperbodohkan orang Melayu dan umat Islam .
Sudah tentu lepas ni Guan Eng akan tuduh ini semua adalah fitnah UMNO ....
Pilihan raya masjid: UMNO menghadap Agong
BUTTERWORTH 7 Jun - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi merayu perkenan Seri Paduka supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu.
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, atas kapasiti Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, pihaknya merayu supaya keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihan raya itu dikaji sedalam-dalamnya kerana melibatkan kepentingan umat Islam.
"Sudah wujud kegelisahan dalam kalangan masyarakat Islam termasuk anak-anak kariah yang bimbang terhadap suasana masjid yang mahu dijadikan pentas mencari pengaruh politik partisan.
"Kita akan ajukan rayuan mengenai perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka untuk meneliti perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia Isnin lalu menyiarkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid mulai tahun ini iaitu perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.
Keputusan itu mendapat bantahan ramai pihak yang menyifatkan ia agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.
Zainal Abidin berkata, pilihan raya masjid itu bukan sahaja bermotifkan politik malah bakal mengheret jawatan kuasa kariah masjid dalam kancah perpecahan apabila wujud aktiviti berkempen, mengadu domba serta memburuk-burukkan antara satu sama lain.
Malah katanya, kaedah pelaksanaan pilihan raya itu juga sangat lemah dan longgar sehingga boleh menimbulkan rasa syak wasangka dalam kalangan kariah masjid sekali gus memungkinkan perseteruan serius berlaku.
"Lebih penting, masjid mahu dijadikan tempat membuang undi sedangkan ia tempat beribadat dan tempat untuk meluaskan syiar Islam. Pilihan raya ala politik ini hanya akan meniupkan api perpecahan dan perbalahan," tegasnya.
Beliau turut mempersoalkan mengapa kaedah pemilihan sebelum ini yang menekankan konsep musyawarah dalam kalangan anak kariah dari surau-surau setiap kampung mahu diubah secara tiba-tiba sedangkan ia terbukti berkesan menjaga keharmonian jawatankuasa masjid.
Katanya, sistem sedia ada yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu membolehkan wakil dari setiap kampung menduduki jawatankuasa masjid supaya apa jua aktiviti dapat dilakukan dengan penglibatan menyeluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik.
"Pada masa sekarang pun, ahli jawatankuasa masjid bukan dikuasai mana-mana parti politik, malah mereka boleh duduk bersama-sama atas semangat persaudaraan. Kenapa suasana harmoni ini mahu dirosakkan?
"Justeru, kita minta anak-anak kariah di Pulau Pinang supaya berfikir dengan kebijaksanaan, jangan biar pihak tertentu menjadikan kita alat untuk merosakkan perpaduan sesama umat Islam," jelasnya.




