..

..

Ribuan anak muda hadir ceramah " Wajah Sebenar Pakatan " di Penaga !

on Saturday, June 18, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Semalam GPB turun ke ceramah Pentas Pemuda di DUN Penaga dalam Parlimen Kepala Batas.  Orang yang hadir memang cukup ramai sekali  sehingga khemah pun tak muat .

Dianggarkan  lebih 2000 hadirin hadir bagi mendengar satu ceramah yang memang panas yang menampilkan YB Datuk  Zul Kulim dan Prof Dr Mohd Noor Deris .Menariknya ceramah ini dihadiri oleh majoriti golongan muda yang bakal mengundi pada PRU 13 ini.

GPB mendapat maklumat bahawa ceramah Mat Sabu telah diadakan di Penaga ini pada minggu lepas bersama kepimpinan kerajaan DAP lahanat .  Seperti biasa , yang hadir semuanya daripada luar DUN Penaga malah dari Kedah pun ada.

YB Zul Kulim  start ceramahnya dengan menceritakan wajah sebenar Anwar melalui pembohongan yang dilakukannya seperti pembohongan 16 Sept , kes liwat 1998 , kes liwat Saiful Bukhari , isu  kalimah Allah dan juga video seks yang didedahkan oleh Datuk Eskay .

Selain itu , beliau juga turut mengaitkan himpunan haram BERSIH pada 9 Julai  ini adalah satu  modus operandi Anwar untuk mengalih perhatian kes liwat beliau yang akan bermula bicara pada pertengahan Julai depan .

Prof Mohd Noor Deris juga tidak kurang hebatnya apabila beliau banya membongkarkan tentang kemunafikan PAS bersama pakatan Ahzab DAP .  Nanti video ceramah ini yang akan GPB upload di you tube .






















8 Responses

  1. Anonymous says:

    TAHNIAH PAK LAH.....JASA MU AKAN TETAP DI KENANG ANAK CUCU CICIT KAMI SEMUA...SEMUA NI BERMULA ERA BEBAL KAU LEEE

  2. Anonymous says:

    Aku anak Pulau Pinang tapi telah menetap di Kedah. Bangunlah wahai rakyat negeri Pulau Pinang, Kembalikan pemerintahan PP kepada BN, Kali ini jika BN menang dengan kerusi UMNO melebihi daripada kerusi MCA dan Gerakan, maka kita tuntut supaya ketua menteri diberikan kepada orang Melayu. Kita tak boleh lagi bertolak ansur, kemungkinan salah satu faktor yang menyebabkan orang melayu hilang sokongan kepada UMNO ialah walaupun kerisi UMNO melebihi dari kerusi yang dimenangi oleh Gerakan tatapi ketua menteri tetap diserahkan kepada Gerakan. Kali ini jika ditakdirkan BN menang dan UMNO memenangi lebih kerusi dari Gerakan atau MCA kita minta supaya Jawatan Ketua Menteri diberi kepada Orang Melayu.

    WARGA SEBELUM MERDEKA

  3. Anonymous says:

    bagusss ramai yang dah buka mata, teliti dulu guru agama sbelum itu....jgn ikut membabi buta.....pepe ikut Al Quran & Hadith

    syabas rizal!!! mai buat laa ceramah kat PENANG coz byk lg org bodoh

  4. belatuk galak says:

    aku ada pi mlm tu..lps ni aku rasa PR bungkuih laaa...aku setuju kalu melayu yg jd ketua menteri...BN menang pun kalu bg kt puak depa jd ketua menteri pun takdak maknanya

  5. Anonymous says:

    tahniah..kerana umporno telah berjaya memperbodohkan orang melayu selama 54 tahun..tak cukup lagi ke serah tanah orang melayu kat penang tu ke bangsa lain..tak apa demi pembangunan..

  6. Anonymous says:

    YANG HAK DAN BENAR PASTI BERDIRI DAN YANG BATIL PASTI JATUH TERSUNGKUR.

    TUN DR. MAHATHIR DIMAKI HAMUN PADA TAHUN 1998 TETAPI HARI INI NAMANYA DIJULANG SEMULA APABILA KEBENARAN DITUNJUKKAN OLEH ALLAH SUBHANAHUWATAALA. ALLAH HUAKBAR.

  7. Anonymous says:

    To Anony 4:42 pm

    yee betol...kebenaran semakin menyerlah
    hidup Tun Mahathir...ibarat ular menyosang akar
    Bisa Tak Hilang Akar Tak Terbelit...
    wallahualam...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.