Pulau Pinang kini sudah ada Istana Maksiat ....

on Friday, June 3, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pulau Pinang bukan sahaja negeri No 1  catat pelaburan tertinggi FDI , tetapi juga No 1 dalam serbuan penangkapan GRO dan pelacuran oleh pihak polis . Terbaru serbuan polis di sebuah Kelab ala istana pulak di Pulau Tikus dan 30 orang GRO berjaya diberkas .

Yang banyak kena cekup adalah ayam-ayam segar dari China dan kita tidak tahu berapa banyak lagi yang masih berada di negeri yang terkenal Amar Ma'aruf Nahi Mungkar ini .

Mungkin ini lah hasil daripada lawatan kerja pemimpin kerajaan negeri  yang kerap  di China dan promosi pelancongan memang dibuat  tetapi yang nampaknya ramai ke sini adalah  Doll  untuk diratah lelaki  bertuhankan nafsu .

Memang tepat la slogan ...

   "Gemilangnya Islam hanya dibawah kerajaan Khalifah Lim Guan Eng ... "






30 GRO Diberkas Di Kelab 'Ala Istana' Di P.Pinang


GEORGE TOWN, 2 Jun - Polis menyerbu sebuah kelab "ala istana" di Pulau Tikus di sini Rabu malam dan menahan 30 wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) menyediakan khidmat seks.

Ketua Unit Maksiat D7 Bukit Aman, ASP Shahrulizam Jaafar, berkata pusat hiburan itu, yang sering diserbu polis tahun lepas, menggunakan taktik baru menjadi sebuah kelab eksklusif dengan memberi layanan seperti "maharaja" kepada pelanggannya.

Beliau memberitahu pemberita di sini Khamis bahawa wanita yang diberkas dalam serbuan pada 8 malam tadi itu terdiri 29 warga China dan seorang rakyat Vietnam berusia antara 20 dan 30 tahun.

Shahrulizam berkata siasatan awal mendapati kesemua wanita terbabit menyalahguna pas lawatan serta tidak mempunyai permit.

"Ketika serbuan, tiga daripada mereka cuba memasuki sebuah kedai pakaian untuk menutup pakaian seksi mereka," katanya.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen kerana menyalahguna pas lawatan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya. - BERNAMA


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps