Pilihanraya Masjid : Umat Islam berang,buat laporan polis terhadap kerajaan DAP

on Thursday, June 9, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



GEORGE TOWN, 9 Jun – Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung langkah kerajaan negeri pimpinan DAP mengadakan pengundian memilih pegawai-pegawai masjid di negeri itu.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Barat Daya, Arshad Kassim, yang membuat laporan itu di Balai Polis Bayan Baru di sini, berkata tindakan kerajaan negeri itu tidak wajar kerana ia mempolitikkan isu masjid untuk kepentingan peribadi semata-mata.

“Apa tujuan berbuat demikian, kita nak masjid harmoni, biar ditadbir bersama-sama, bukan dengan cara ini,” katanya di sini.

Kerajaan negeri telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.



Komen PB 

Harap lebih ramai lagi membuat laporan polis terhadap isu pilihanraya masjid ini .... kita lawan habis-habisan kerajaan DAP ini yang cuba masuk campur urusan kariah masjid  bagi pecahbelahkan umat Islam .


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps