Pilihanraya masjid : Kesan buruk jika dilaksanakan - Mufti Kelantan

on Friday, June 10, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR: Pelaksanaan ‘pilihan raya masjid’ mempunyai kesan negatif dalam masyarakat apabila sistem itu terbukti menimbulkan persengketaan, perpecahan selain mewujudkan puak atau kem tertentu dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej Islam.

Kelantan yang pernah melaksanakan kaedah itu pada 1960-an dan 1970-an terpaksa menghentikannya kerana timbul pelbagai masalah dan budaya tidak sihat dalam masyarakat.

Mengulas pelaksanaan kaedah itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhammad, berkata anak mukim akan mengundi dan meletakkan kertas undi di dalam kotak atau tabung berasingan yang tertera nama calon yang kebiasaannya membabitkan dua calon.

Malah, katanya, pertandingan juga dilakukan untuk menggantikan imam yang lanjut usia dengan menyediakan dua kotak dan satu daripadanya tertera nama calon baru, manakala satu kotak lagi tidak tertera sebarang nama.

“Kalau anak mukim memangkah dan meletakkan tanda itu dalam kotak kosong, bermakna imam tua akan terus menjadi imam tetapi sistem ini dihentikan sekitar 1970-an kerana apabila wujud pertandingan bermakna wujud kempen yang menyebabkan masyarakat berpecah belah dan berpuak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan ‘pilihan raya masjid’ iaitu kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa membabitkan 200 masjid di seluruh negeri itu yang didakwa belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Mohd Shukri berkata, sejak ‘pilihan raya masjid’ dihentikan, kerajaan negeri melaksanakan sistem yang mewajibkan calon menjalani tapisan menerusi ujian lisan, bertulis dan temu duga, sekali gus menyaksikan pemilihan dibuat secara telus.
“Kaedah yang diamalkan sehingga kini mampu mengelakkan perbalahan kerana tidak wujud pertikaian dikalangan anak mukim disebabkan pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan,” katanya.

Pandangan Mohd Shukri disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang menjelaskan pilihan raya yang pernah diamalkan di Pahang satu ketika dulu mewujudkan persengketaan dan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya, tidak wajar pilihan raya masjid dilaksanakan kerana ia lebih membawa keburukan berbanding kebaikan kepada umat Islam.

Katanya, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mempunyai peraturan dalam pemilihan jawatankuasa masjid apabila beberapa jawatan termasuk pengerusi, bendahari, setiausaha dan beberapa ahli jawatankuasa dilantik oleh majlis selepas membuat pertimbangan daripada cadangan Kadi Daerah yang memperolehnya daripada ahli kariah.

Bagaimanapun, ada terdapat dua atau tiga ahli jawatankuasa masjid mukim akan dilantik oleh kariah menerusi pelbagai kaedah termasuk undian, katanya.

Komen PB

Tok Mufti pun sudah bersuara akan kesan buruk jika laksanakan agenda jahat pecahbelahkan kariah  ini  ...Jadi adakah umat Islam di P.Pinang  mahu ikut lagi pilihanraya masjid ciptaan kerajaan DAP ini ? 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    tunggu lah untuk menjawab di akhirat esok wahai mufti pulau pinang... hrp tidak di turunkan bala di negeri-negeri lain disebabkan perkara ini.

  2. CITY says:

    piliharaya=parti=demokerasi=yahudi=kelahi...tidak ada parti/pilihanraya dalam islam..lihatlah di saudi,brunei..mana ada parti..sebab itu aman damai tiada puak2.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps