Pilihanraya masjid ciptaan DAP, agenda pecahbelahkan umat Islam !

on Monday, June 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas kerajaan DAP  diketuai Lim Guan Eng gagal mengadakan pilihanraya PBT  , kali ini mereka create pulak pilihanraya pelik dah tak pernah dibuat orang iaitu  memilih Jawatankuasa Kariah masjid pulak untuk seluruh negeri P.Pinang .

Siapa la punya cadangan gila dan bangang ini ? Sudah tentu la dari kerajaan  DAP yang menggunakan pencacainya tertinggi mereka  Malik Itik selaku Exco Agama yang  mengarahkan pemilihan jawatankuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses ‘pilihan raya’ .

PB cukup tak bersetuju dengan cadangan gila ini yang jelas mempunyai agenda memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan Melayu dalam kariah masjid .  Semalam  PB telah duduk berbincang dengan beberapa jawatankuasa  kariah  sebuah masjid  . Mereka sedia pertahankan jawatan terbabit daripada jatuh ke tangan puak2 PAS - PKR dan tidak akan menyerah begitu mudah . Kita sendiri boleh lihat kesan daripada pilihanraya masjid ciptaan DAP ini jelas telah memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dalam satu kariah kampung .


Borang pilihanraya masjid ciptaan DAP ..


Sudahlah orang Melayu berbeza fahaman politik iaitu UMNO , PAS dan PKR  , kini nampaknya DAP cuba menambah lagi dengan menggunakan Malik Itik supaya adakan pilihanraya masjid . Zaman Rasululullah dulu ada ka pilihanraya masjid seperti ini ?

Isu  ini juga turut diselar oleh Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh , Sdr Zaidi Mohd Said yang menyifatkan sebagai agenda tersembunyi DAP  yang mahu lihat sesama Melayu bergaduh kerana nak berebut masjid .

"  Selepas kita berkelahi dalam parti , bergaduh dalam NGO , kemuncaknya DAP mahu lihat kita ( Melayu) bertumbuk dalam masjid . Apa yang berlaku di negara-negara Arab akan berlaku pada kita hasil kelicikan DAP dan kebodohan PAS dan Melayu PKR " katanya menerusi sms yang dikirimkan .


PB berharap kepada mana-mana pihak seperti NGO Melayu dan Islam yang merasakan bimbang akan pepecahan umat Islam menjadi lebih teruk angkara institusi masjid diresapi politik kepartian  melalui pilihanraya masjid ini  ,  mohon segera melakukan bantahan atau memorandum  kepada MAIPP   serta  YDP Agong  yang menjadi Ketua Agama Islam di P.Pinang .

Semua orang tahu ini adalah bukan keputusan yang dibuat  MAIPP tetapi adalah arahan daripada kerajaan DAP sendiri .


Artikel PB seterusnya akan ulas pilihanraya masjid sebagai kajian DAP hadapi PRU 13 !


LINK


MENGAPA DAP TAK ADAKAN  PILIHANRAYA TOKONG & KUIL ?

DAP adakan pilihan raya masjid


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps