Pilihanraya masjid : Besar sangatkah kuasa Exco & Guan Eng berbanding Yang Di Pertuan Agong ?

on Saturday, June 11, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



PULAU PINANG 10 Jun - Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) perlu mempunyai pendirian dan ketetapan sendiri mengenai pilihan raya masjid yang dijadualkan diadakan pada pertengahan bulan ini dan bukan hanya melaksanakannya seperti diarahkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap tegas dan tidak mengikut telunjuk perlu ditunjukkan MAIPP supaya keyakinan masyarakat Islam di negeri ini terhadap peranan majlis agama itu tidak tergugat.

Jelas beliau, selaku badan yang menyelaras pentadbiran agama Islam, MAIPP perlu menolak dan memberi nasihat tentang perkara yang tidak betul dan bukan hanya mengikut arahan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim.

"MAIPP patut tahu apa yang perlu dilakukannya dalam isu pilihan raya masjid yang secara terang-terangan salah kerana dibuat tanpa merujuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam negeri terlebih dahulu.

"Jika majlis agama ini hanya akur dan tunduk dengan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang, saya rasa lebih baik MAIPP ditutup sahaja dan biarkan pemimpin negeri berbuat apa sahaja yang mereka suka. Sekarang ini pun mereka sudah memulakan tindakan ke arah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia Isnin lalu mendedahkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatankuasa masjid mulai tahun ini-perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Menurut Aminah yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), tindakan MAIPP untuk meneruskan pemilihan itu seperti yang diarahkan adalah tidak betul kerana perkara berkaitan agama adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Saya cukup kesal dengan apa yang berlaku. Besar sangatkah kuasa Exco dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) berbanding Yang di-Pertuan Agong sampaikan MAIPP perlu mengikut telunjuk mereka.


"Kalau betul Kerajaan DAP Pulau Pinang berkuasa, saya cabar mereka supaya tidak menaikkan harga barang di negeri ini. Kalau boleh laksanakan barulah boleh tunjukkan kuasa.

"Baharu mentadbir sebuah negeri, DAP sudah berani membelakangkan kuasa Yang Di-pertuan Agong. Saya tidak tahu apa akan jadi jika mereka terus diberi kuasa pada masa depan," katanya,




Komen PB


MAIPP kalau  dok ikut telunjuk kafir parti DAP dalam semua perkara berkaitan agama Islam , lebih baik tutup saja la . Tak guna kalau ada majlis agama jika semua keputusan di buat oleh Exco dan kerajaan DAP .




Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps