Tindakan Kerajaan Dap Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh masjid di Pulau Pinang diadakan melalui proses pilihan raya jelas dilihat sebagai cara halus yang terancang untuk memecah belahkan orang Melayu di negeri tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugur, Shabudin Yahaya berkata pentadbiran orang Melayu beragama Islam di negara ini adalah melaui jawatan kuasa masjid yang dikenali sebagai kariah di mana kariah yang dilantik ini bukan sahaja bertangungjawab mentadbir masjid tetapi menjaga setiap anak kariah di kawasannya.
Namun katanya, apa yang penting, di dalam kariah ini tiada amalan politik kerana tidak kira individu tersebut menyokong UMNO, Pas atau PKR, semuanya bersatu padu menjaga kariah masing-masing.
“Inilah kekuatan orang Islam. Sekiranya pemilihan jawatan kuasa masjid dipolitikkan, maka akan berpecah belahlah orang Melayu. Harus diingat, sekiranya kariah berbecah belah, maka tiada lagi tempat untuk orang Melayu berlindung atau bersatu.
“Saya beri contoh. Dalam sebuah kariah, walaupun kita berlainan fahaman politik, tetapi kita tetap boleh duduk satu meja minum kopi. Tetapi apabila kariah masjid dipilih melalui cara pilihan raya, sudah pasti akan terjadi perbalahan yang teruk sehingga ke mati.
“Ini adalah melalui pengalaman saya sewaktu menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Kariah yang bergaduh akan terus bergaduh sehingga mati malah anak cucu cicit turut akan bergaduh sama. Inilah yang kita cuba elakkan”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau menambah apabila jawatankuasa masjid diadakan melalui proses pilihan raya, sudah pasti segala cerita buruk individu akan dibongkar semasa berkempen.
“Apa akan jadi dengan orang Melayu sekiranya sesama kariah bergaduh kerana berebut jawatan. Adakah kita mahu melihat DAP bertepuk tangan melihat kejayaan mereka memecah belahkan umat Islam,” ujarnya.
Beliau turut menjelaskan, dengan cara sedia ada iaitu jawatan kuasa masjid dibuat secara lantikan, sekiranya terdapat salah laku, individu tersebut boleh dipecat namun sekiranya dibuat secara pilihan raya, bagaimana tindakan hendak diambil sekiranya terdapat salah laku terhadap individu yang menang secara pilihan raya.
“Cara pilihan raya ini sebenarnya terdapat terlalu banyak keburukan dari dari kebaikan. Apa yang pasti, inilah perancangan jahat DAP untuk melihat umat Islam di negara ini menjadi lemah. Malangnya, orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut membantu DAP di dalam melaksanakan agenda busuk mereka.
“Sedarlah, jawatan kuasa masjid bukan boleh dijawat oleh sebarangan orang kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang dilantik. Janganlah kita membenarkan masjid menjadi medan politik dan sekaligus menghancurkan kekuatan orang Melayu. Kita harus melindungi kariah kita dari agenda jahat DAP.
Jangan ada puak-puak di dalam kariah. Percayalah, pilihan raya masjid hanya mengundang perbalahan sesama kariah sekaligus melemahkan perpaduan orang Melayu,” katanya. -MediaUMNO
Komen PB
Tak dapat PB bayangkan bila ada poster-poster calon di seluruh masjid bila diadakan pilihanraya masjid ini ... Ayuh ! Semua umat Islam tidak kira parti politik atas nama Islam harus bantah pilihanraya masjid ciptaan DAP ini .













Sedih sungguh sedih umat islam sekarang di PERBODOHKAN oleh DAP akibat terlalu berpolitik.
yang perang poster cuma orang kuat umno jer yang x dipilih dlm ajk masjid..kalau orang suka awak, orang pilih..pas ni bolehlah bg habuan kalau nak menang.
ya ker..tah2 orang umno ni je yang berebut nk jd ajk masjid..
jangan jadi bahalol...roket yg dok perintah pulau pinang sengaja nak memandai-mandai...konon2nya nak adakan pilihanraya ajk masjid...kalipah berkulob lidah bewak... pangsai bo cebok... manyak suka...bahalol2 pas juga pkr yg kemaruk kuasa pon turut bersuka-cita...konon2 demokrasi kepala bapak komunis depa...bahalol2 pas dan pkr memang amat bergumbira dapat menjilat lobang bontot kalipah berkulob lidah bewak sampai licin...lub lub lub