PANAS ! Fakta mengenai pilihanraya masjid ciptaan DAP

on Tuesday, June 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Di bawah adalah beberapa perkara yang dibangkitkan tentang isu 'pilihanraya masjid' yang diperkenalkan oleh kerajaan Lim Guan Eng DAP Pulau Pinang.

1. Malik Kassim mendakwa sistem pemilihan terbaru ini adalah persetujuan di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

2. Persetujuan itu untuk mengadakan kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus dan bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah memilih pemimpin mereka.

3. Satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid.

4. Senarai jawatankuasa yang dilantik melalui kaedah itu ialah seorang pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari, sembilan AJK termasuk dua wakil wanita dan dua pemeriksa kira-kira.

5. Tarikh tutup pencalonan ialah 7hb Jun 2011 jam 12 tengahari.



Di bawah pula adalah pemerhatian MiM terhadap isu ini.

1. Apakah Lim Guan Eng dan Malik Kassim faham dengan maksud pilihanraya?

2. Siapakah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut dan apakah pertubuhan itu mewakili kebanyakan orang Islam di negeri Pulau Pinang?

3. Apakah sudah ada senarai lengkap kariah setiap masjid seperti senarai pengundi pilihanraya Umum?

4. Apakah setiap kariah tahu serta diberitahu tentang tatacara dan borang pencalonan yang telah diedarkan?

5. Yang paling penting sekali ialah kenapakah Malik Kassim meneruskan penghantaran tatacara dan borang pencalonan walau pun proses pemilihan jawatankuasa masjid negari memerlukan perkenan daripada Yang Dipertuan Agung?

6. Kenapakah Malik Kassim, MAIPP dan NGO tidak mengikuti protokol yang sangat penting iaitu perkenan Yang Di-Pertuan Agung?

6. Apakah mereka sengaja menguji sistem perlembagaan negara?


DS Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyatakan bahawa proses pemilihan jawatankuasa tersebut perlukan perkenan Yang Di-Pertuan Agung.

Dengan pelbagai kelemahan, kekurangan dan belum mendapat perkenan Ketua Agama Negara,kenapakah kerajaan DAP Pulau Pinang begitu tergesa-gesa mahu melaksanakan sistem baru ini?
Apakah ianya kena mengena dengan ura-ura yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng DAP akan membubarkan DUN dalam masa yang terdekat ini? 

Apakah dengan kaum Melayu dan Islam Pulau Pinang kelam kabut dan bercakaran sesama sendiri akan menjadi batu loncatan untuk DAP mendapat undi akibat tindakan mereka itu?

sumber : blog MIM 


One Response

  1. buat pilihanraya ni sebab nk pecah belahkan lagi org islam..pilihanraya kan, mesti ade kelompok2..dan mesti ade prasaan benci membenci sesame islam..2 yg kapir harbi 2 nak..

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps