Ucapan dasar Presiden PAS Hj Hadi ibarat kencing tak lawas,beliau menyalahkan apa saja yang lalu didepan matanya.Kecamannya kononnya zalim dan mendakwa Umno menjadi punca segala masaalah jelas mengambarkan beliau cuba menyakinkan tuan besarnya bahawasanya PAS wala' kepada perjuangan DAP.
Rakyat bukan tidak tahu,kenyataan zalim itu sebenarnya kerajaan menghalang mereka menghalalkan cara mereka untuk mencapai matlamat.Kita bukanya bodoh sangat untuk faham dengan ucapan sebegini.Makanya Presiden 3 kupang suku sen ini pukul rata supaya nampak bergaya dan garang didepan gerembolan perwakilan dan pemerhati dari parti seangkatan.
Ulama yang dikatanya menyebelahi Umno dipersalahkan kononnya tidak faham Islam dan cetek pengetahuan didalam politik.Ini kerana ulama yang diluar sana tidak mempolitikkan agama tidak menggangap parti politik itu satu tariq atau gerakan agama.
Jelas berlawanan dengan fahaman PAS yang sudah jauh menyimpang menggangap parti politik mereka menjadi sebahagian agama.Hinggakan ada golongan didalam PAS menggangap pertembungan 2 parti politik melayu adalah satu pertembungan akidah.
Hadi turut mendabik dada dengan angkuh kononnya PAS menjalankan tanggungjawab untuk membersihkan politik jijik,fitnah dan perkauman sempit parti lawan.Sedangkan kita semua sedia maklum sejak dari dulu lagi bagaiman disetiap ceramah PAS dipenuhi caci nista,fitnah malah golongan ini juga yang mula mula mengelar Al-juburi menyerang peribadi pemimpin.Kita juga tidak lupa bagaimana kempen mereka menyerang DS Najib dengan tuduhan tanpa bukti yang akhirnya terjawab kesemuanya adalah fitnah. Kenyataan ini jelas ibarat meludah kelangit.
Kita tidak lupa juga dengan sikap ganas dan zalim ahli ahli PAS yang kurang ajar mencederakan orang ramai pada setiap kempen pilihanraya.mereka juga yang menyerang penyokong parti lawan hingga berlaku kerosakan harta benda. Malah mereka sanggup untuk membunuh atas nama jihad fisabillilah sepertimana seruan itu berlaku ketika PRK Bagan Pinang.Kesemua ini ikrarnya diulangi sekali lagi oleh Hj Hadi apabila menyeru PAS mesti mengambil peranan dan amalan politik “Matlamat Menghalalkan Cara” .Ya mereka semahunya bebas melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai.
Pisau sifatkan ucapan Hj Hadi seperti mahu memuaskan kehendak DAP,ungkapan PAS sebagai kuda tunggangan DAP ternyata benar benar berlaku apabila beliau mempertahankan kerjasama tersebut.Hingga menyifatkan ia adalah sebahgian fekah politik Islam.
Adakah mengadai prinsip dan maruah agama menjadi sebahagian fekah Islam? Adakah tindakan PAS menghalalkan segala tindakan DAP sebahagian daripada fekah Islam.Islam yang dibawa oleh rasullullah jauh berbeza dengan Isle PAS,fekah dan akidahnya jelas berbeza.
Ikrar Hj Hadi ini sekadar mahu menyelamatkan perkahwinan PAS bersama DAP malah mahu menyelamatkan anak anak hibrid DAP didalam kandungan hasil persenyawaan antara benih PAS dan DAP.
Sebenarnya ucapan Hj Hadi lebih menonjolkan kelemahan diri sendiri.Berdegar degar diatas pentas tetapi menikus didepan Lim Kit Siang,Karpal dan Lim Guan Eng.
sumber: pisau.net













lagi info tentang kencing tidak lawas di SIHAT SELALU - Masalah Kencing Tidak Lawas